- Advertisement -spot_img
4,799
published news
and counting

Guna ‘Star Rating’

Must read

Kerajaan memutuskan menghidupkan semula sistem
pengukuran prestasi mengikut bintang (star
rating)
yang pernah dilaksanakan pada 1980-an, bagi meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin
Osman, berkata prestasi kementerian dan agensi kerajaan akan ditentukan
mengikut tahap pencapaian agensi dengan memberikan gred satu hingga lima
bintang.

Katanya, kriteria pengukuran prestasi itu akan
mengambil kira pelbagai aspek pengurusan terbaik dalam meningkatkan kualiti
perkhidmatan, antaranya:

  • melaksanakan piagam pelanggan berkesan,
  • menyediakan perkhidmatan kaunter terbaik,
  • menguruskan aduan pelanggan dengan berkesan, dan
  • menambah baik sistem dan prosedur kerja.

"Amalan mengukur prestasi,
khususnya untuk mengukur daya saing sesebuah negara sudah lama diperkenalkan di
peringkat antarabangsa, menggunakan kaedah pengukuran dengan mengumpul dan
menganalisis data sebenar serta persepsi pelanggan.”

“Sistem ‘star
rating’
yang bakal diperkenalkan akan menggunakan data sebenar,” katanya
ketika merasmikan Seminar Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan serta
melancarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2005, Garis
Panduan Bagi Mewujudkan Prestasi Utama dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi di
Agensi Kerajaan.

Tan Sri Samsudin berkata, pengukuran prestasi
berdasarkan sistem itu mendatangkan banyak faedah jika dilaksanakan dengan
baik, antaranya mengetahui tahap pengalaman sistem pengurusan terbaik, boleh
dijadikan penanda aras pencapaian dengan agensi lain dan mewujudkan persaingan
sihat antara agensi.

Justeru, beliau menyarankan agar semua agensi memberi
perhatian yang serius dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan
masing-masing dan berusaha keras untuk mencapai tahap kecemerlangan lima (5)
bintang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article