- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kemudahan ICT Negara Akan Dipertingkat Dalam RMK9

Must read

Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9) bakal menyaksikan pengenalan dan pembangunan beberapa
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
di negara ini yang bertujuan meletakkan negara terus ke hadapan dalam era ICT.

Antara teknologi yang
telah dikenal pasti itu adalah Internet jalur lebar, Internet Protocol Version 6 (IPv6), Radio Frequency Identification (RFID)
dan teknologi berkaitan komunikasi tanpa wayar (WiFi).

Kemudahan berkenaan
akan membolehkan rakyat di negara ini menikmati teknologi WiFi, Worldwide
Interoperability for Microwave Access
(WIMAX),
penyiaran multimedia digital, perkhidmatan sistem rangkaian rumah, perkhidmatan
telematik, perkhidmatan berasaskan RFID,
teknologi generasi ketiga (3G), televisyen digital terrestial (DTV) dan
telefon Internet.

Kemudahan jalur lebar
(broadband) merupakan antara
teknologi yang telah digunakan oleh masyarakat kita terutamanya di kawasan
bandar besar.

Sistem rangkaian
kesihatan, perpustakaan tele-pusat, tele-pendidikan serta persendirian
berfungsi dengan lancar menggunakan kemudahan itu.

Jalur lebar (mid-band dengan kapasiti 384Kbps
sehingga 2Mbps) membolehkan pengguna Internet menyalur dan memindah turun
maklumat sehingga 40 kali ganda lebih pantas berbanding perkhidmatan dial-up (56Kbps) dengan menggunakan
modem.

Teknologi fibre-speed pula membolehkan 8Mbps
sehingga 100Mbps data disalur dan dimuat turun. Kepantasan 56Kbps membawa
maksud dapat memindahkan data pada kelajuan 56 ribu bit sesaat m
anakala kepantasan 2Mbps dapat
memindahkan data sebanyak 2 juta bit sesaat.

Kelebihan lain jalur
lebar ialah ia tidak memerlukan talian telefon tambahan serta berfungsi 24 jam
sehari.

Perkhidmatan jalur
lebar di Malaysia masih rendah sungguhpun teknologi ini telah digunakan secara
meluas di kebanyakan negara maju. Ini kerana capaian kepada perkhidmatan itu
secara umumnya hanya terdapat di sekitar bandar-bandar besar sahaja.

Unjuran Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah sebanyak 30 peratus isi rumah
Malaysia akan menggunakan Internet jalur lebar menjelang 2008.

Ketika ini Malaysia
mempunyai kira-kira tiga juta pelanggan dial-up
Internet. Pengguna Internet pula dianggarkan berjumlah kira-kira 10 juta orang.

Fasa pertama Multimedia Super Corridor (MSC) telah
berjaya mencatatkan lebih seribu syarikat berstatus MSC, menyediakan kira-kira
19 ribu peluang pekerjaan berasaskan pengetahuan, mencatatkan jualan produk ICT berjumlah RM5 bilion dan RM419 juta
dalam perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sementara itu,
pertumbuhan tahunan industri ICT
Malaysia setinggi 8.3 peratus telah mendahului purata global iaitu 6.2 peratus.

Namun, keadaan itu
belum menggambarkan situasi pembangunan ICT
negara di mana capaian kepada perkhidmatan Internet jalur lebar masih rendah
dan dibebani dengan kos penggunaan yang tinggi.

Misalnya pengguna
kediaman perlu membayar sekitar RM80 sebulan untuk kemudahan jalur lebar
516Kbps. Malah, di kawasan bandar pun, tidak semua lokasi dihubungkan dengan
kemudahan berkenaan sungguhpun terdapat talian telefon.

Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi (KTAK) telah diberi peruntukan sejumlah RM800 juta dalam usahanya
untuk meningkatkan penggunaan Internet jalur lebar di negara ini pada tahun
lepas.

Pelan Induk Jalur
Lebar Negara (NBP) telah mensasarkan
tahap penembusan perkhidmatan jalur lebar kepada kira-kira 520 ribu pengguna
pada tahun ini berbanding kira-kira 218 ribu pada tahun lalu.

Kerajaan terpaksa
mengambil langkah berkenaan memandangkan pihak penyedia perkhidmatan Internet
kurang berminat mewujudkan kemudahan itu di kawasan yang lebih luas melainkan
jika mempunyai pengguna yang ramai di sesebuah kawasan.

Kerajaan juga
berusaha memastikan setiap isi rumah mendapat manfaat ICT bagi memudahkan pelbagai urusan dilaksanakan seperti kerajaan
elektronik (e-Kerajaan) yang bakal menemui penduduk Sarawak menjelang tahun
2008.

Bagi tujuan itu,
kerajaan telah mencadangkan rebat cukai yang diberi kepada pembayar cukai
pendapatan individu untuk pembelian komputer peribadi, dinaikkan daripada RM400
kepada RM500 ringgit.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article