- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Gotong-royong dan Sokongan Anggota

Must read

Kampung Ri-Ih Mawang, sebuah perkampungan masyarakat Bidayuh yang terletak dalam Daerah Serian atau kira-kira lima minit perjalanan dari Bandar Serian mempunyai sebuah koperasi yang amat berdaya maju.

Sungguhpun baru berusia kira-kira empat tahun iaitu sejak penubuhannya pada 31 Mac 2002, Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang telah menunjukkan bahawa perniagaan koperasi di kampung mereka juga mampu memberi dividen dan bonus yang lumayan kepada para anggotanya.

Semua itu tercapai berkat usaha gotong-royong dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada anggotanya.

Timbul minat

Menurut Encik Dommok Uba, Pengerusi Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang Bhd., keinginan untuk menubuhkan sebuah koperasi timbul setelah penduduk kampung melihat kebaikan yang diperoleh penduduk kampung berhampiran daripada kedai koperasi yang ada di kampung masing-masing.

Saban tahun, pengumuman peratusan dividen dan bonus koperasi heboh diperkatakan sepertimana juga dividen yang diperoleh pengusaha tanah hak adat Bumiputera (NCR). Keadaan itu telah menjadi pencetus semangat di kalangan penduduk Kampung Ri-Ih untuk turut menubuhkan sebuah koperasi.

Lantaran itu, beberapa wakil dari kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (AJKKK) Ri-Ih Mawang menghadirkan diri dalam kursus anjuran Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Daerah Serian dan Ibu Pejabat JPK di Kuching.

Dengan penjelasan dan maklumat yang diperoleh, penduduk kampung yang seramai kira-kira 111 orang sebulat suara inginkan penubuhan sebuah koperasi di kampung mereka. Akhirnya Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang Bhd. didaftarkan pada 31 Mac 2002.

Sebelum penubuhan koperasi, Kampung Ri-Ih telah mempunyai tiga buah kedai kampung. Namun, perkhidmatan yang diberikan itu tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Kampung Ri-Ih yang mempunyai lebih 200 pintu rumah dengan kira-kira 1,000 orang penduduk.

Gotong-royong

Bangunan lama kedai koperasi telah dibina secara bergotong-royong menggunakan bahan binaan seperti buluh, nibong dan belian. Proses membinanya memakan masa kira-kira seminggu untuk disiapkan.

Kedai koperasi itu menjual pelbagai keperluan harian penduduk kampung terutama barangan keperluan dapur.

Perkembangan yang memberansangkan dalam perniagaan koperasi menyebabkan bangunan yang dibina oleh penduduk kampung tidak lagi dapat memuatkan lebih banyak barang niaga.

Malah, struktur bangunan yang dibina juga semakin rapuh dan kurang selamat untuk menyimpan barangan jualan.

Sehubungan itu, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipengerusikan oleh Encik Dommok telah memohon daripada JPK untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membina semula bangunan baru.

Tanpa melalui sebarang masalah, permohonan mereka telah diluluskan oleh pihak JPK. Kelulusan segera itu juga berikutan prestasi perniagaan koperasi yang cukup membanggakan sungguhpun baru ditubuhkan.

JPK telah memperuntukkan sejumlah RM45 ribu kepada koperasi. Dengan peruntukan wang sebanyak itu, pihak pengurusan koperasi telah merancang cara terbaik untuk membelanjakannya.

Sekali lagi keputusan sebulat suara dibuat untuk membina bangunan koperasi yang baru secara gotong-royong. Proses membinanya melibatkan jangkamasa selama 48 hari.

Paling membanggakan, pihak pengurusan koperasi bukan sahaja berjaya membina sebuah bangunan baru yang lebih besar dan selamat, malah turut dapat membina sebuah bilik mesyuarat, stor untuk minyak dan tong gas.

Lebihan perbelanjaan turut digunakan untuk membeli dua buah peti sejuk bagi menyimpan minuman tin dan makanan beku.

Usaha gigih mereka itu membolehkan perniagaan koperasi dipindahkan ke bangunan baru kedai pada awal tahun ini (2006).

Pencapaian

Koperasi kampung yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan runcit itu telah berjaya menawan sokongan penduduk kampung menyertai keahlian koperasi melalui prestasi yang cemerlang.

Hari ini mereka mempunyai kira-kira 142 orang anggota dengan modal syer berjumlah hampir RM10,000.00.

Pada tahun pertama dan kedua operasinya, koperasi telah mampu memberi dividen dan bonus sebanyak 8 dan 10 peratus.

Keuntungan kasar pada 2005 berjumlah RM16,383.14 telah meningkat kepada RM20,997.09 pada tahun ini (tahun kewangan berakhir pada 31 Mac).

Sementara itu, jumlah jualan direkodkan berjumlah RM120,507.35 pada tahun lalu dan RM128,246.15 pada tahun ini.

Perniagaan yang semakin maju juga membolehkan koperasi menggaji dua orang pekerja kedai sepenuh masa.

Perancangan

Encik Dommok melihat bahawa penyediaan perkhidmatan enjin padi mempunyai potensi yang amat baik untuk perniagaan koperasi. Ia berikutan majoriti penduduk kampung terlibat dengan aktiviti penanaman padi.

Ketika ini kampung mempunyai empat enjin padi milik individu tetapi perkhidmatan yang disediakan agak terhad.

Sehubungan itu, pihak koperasi merancang untuk membeli enjin padi yang dianggarkan menelan kos kira kira RM3,000.00 seunit.

Dia juga menjelaskan bahawa kempen akan diadakan untuk menjemput penduduk kampung yang belum menjadi ahli mendaftarkan diri sebagai ahli koperasi.

Ia akan dilaksanakan melalui kiriman surat kepada penduduk kampung yang berkenaan.
Dengan cara ini, dia berharap semua penduduk kampung yang sebelum ini agak keberatan untuk menjadi ahli akan menyertai koperasi demi manfaat pen

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article