- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Gotong-royong dan Sokongan Anggota

Must read

Kampung Ri-Ih Mawang,
sebuah perkampungan masyarakat Bidayuh yang terletak dalam Daerah Serian atau
kira-kira lima minit perjalanan dari Bandar Serian mempunyai sebuah koperasi
yang amat berdaya maju.

Sungguhpun baru
berusia kira-kira empat tahun iaitu sejak penubuhannya pada 31 Mac 2002,
Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang telah menunjukkan bahawa perniagaan koperasi di
kampung mereka juga mampu memberi dividen dan bonus yang lumayan kepada para
anggotanya.

Semua itu tercapai
berkat usaha gotong-royong dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada
anggotanya.

Timbul minat

Menurut Encik Dommok
Uba, Pengerusi Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang Bhd., keinginan untuk menubuhkan
sebuah koperasi timbul setelah penduduk kampung melihat kebaikan yang diperoleh
penduduk kampung berhampiran daripada kedai koperasi yang ada di kampung
masing-masing.

Saban tahun,
pengumuman peratusan dividen dan bonus koperasi heboh diperkatakan sepertimana
juga dividen yang diperoleh pengusaha tanah hak adat Bumiputera (NCR).
Keadaan itu telah menjadi pencetus semangat di kalangan penduduk Kampung
Ri-Ih untuk turut menubuhkan sebuah koperasi.

Lantaran itu,
beberapa wakil dari kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung
(AJKKK) Ri-Ih Mawang menghadirkan diri dalam kursus anjuran Jabatan Pembangunan
Koperasi (JPK) Daerah Serian dan Ibu Pejabat JPK di Kuching.

Dengan penjelasan dan
maklumat yang diperoleh, penduduk kampung yang seramai kira-kira 111 orang
sebulat suara inginkan penubuhan sebuah koperasi di kampung mereka. Akhirnya
Koperasi Kampung Ri-Ih Mawang Bhd. didaftarkan pada 31 Mac 2002.

Sebelum penubuhan
koperasi, Kampung Ri-Ih telah mempunyai tiga buah kedai kampung. Namun,
perkhidmatan yang diberikan itu tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Kampung
Ri-Ih yang mempunyai lebih 200 pintu rumah dengan kira-kira 1,000 orang
penduduk.

Gotong-royong

Bangunan lama kedai
koperasi telah dibina secara bergotong-royong menggunakan bahan binaan seperti
buluh, nibong dan belian. Proses membinanya memakan masa kira-kira seminggu
untuk disiapkan.

Kedai koperasi itu
menjual pelbagai keperluan harian penduduk kampung terutama barangan keperluan
dapur.

Perkembangan yang
memberansangkan dalam perniagaan koperasi menyebabkan bangunan yang dibina oleh
penduduk kampung tidak lagi dapat memuatkan lebih banyak barang niaga.

Malah, struktur
bangunan yang dibina juga semakin rapuh dan kurang selamat untuk menyimpan
barangan jualan.

Sehubungan itu, Ahli
Lembaga Koperasi (ALK) yang dipengerusikan oleh Encik Dommok telah memohon
daripada JPK untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membina semula bangunan
baru.

Tanpa melalui
sebarang masalah, permohonan mereka telah diluluskan oleh pihak JPK. Kelulusan
segera itu juga berikutan prestasi perniagaan koperasi yang cukup membanggakan
sungguhpun baru ditubuhkan.

JPK telah
memperuntukkan sejumlah RM45 ribu kepada koperasi. Dengan peruntukan wang
sebanyak itu, pihak pengurusan koperasi telah merancang cara terbaik untuk
membelanjakannya.

Sekali lagi keputusan
sebulat suara dibuat untuk membina bangunan koperasi yang baru secara
gotong-royong. Proses membinanya melibatkan jangkamasa selama 48 hari.

Paling membanggakan,
pihak pengurusan koperasi bukan sahaja berjaya membina sebuah bangunan baru
yang lebih besar dan selamat, malah turut dapat membina sebuah bilik mesyuarat,
stor untuk minyak dan tong gas.

Lebihan perbelanjaan
turut digunakan untuk membeli dua buah peti sejuk bagi menyimpan minuman tin
dan makanan beku.

Usaha gigih mereka
itu membolehkan perniagaan koperasi dipindahkan ke bangunan baru kedai pada
awal tahun ini (2006).

Pencapaian

Koperasi kampung yang
baru berjinak-jinak dengan perniagaan runcit itu telah berjaya menawan sokongan
penduduk kampung menyertai keahlian koperasi melalui prestasi yang cemerlang.

Hari ini mereka
mempunyai kira-kira 142 orang anggota dengan modal syer berjumlah hampir
RM10,000.00.

Pada tahun pertama
dan kedua operasinya, koperasi telah mampu memberi dividen dan bonus sebanyak 8
dan 10 peratus.

Keuntungan kasar pada
2005 berjumlah RM16,383.14 telah meningkat kepada RM20,997.09 pada tahun ini
(tahun kewangan berakhir pada 31 Mac).

Sementara itu, jumlah
jualan direkodkan berjumlah RM120,507.35 pada tahun lalu dan RM128,246.15 pada
tahun ini.

Perniagaan yang
semakin maju juga membolehkan koperasi menggaji dua orang pekerja kedai sepenuh
masa.

Perancangan

Encik Dommok melihat
bahawa penyediaan perkhidmatan enjin padi mempunyai potensi yang amat baik
untuk perniagaan koperasi. Ia berikutan majoriti penduduk kampung terlibat
dengan aktiviti penanaman padi.

Ketika ini kampung
mempunyai empat enjin padi milik individu tetapi perkhidmatan yang disediakan
agak terhad.

Sehubungan itu, pihak
koperasi merancang untuk membeli enjin padi yang dianggarkan menelan kos kira
kira RM3,000.00 seunit.

Dia juga menjelaskan
bahawa kempen akan diadakan untuk menjemput penduduk kampung yang belum menjadi
ahli mendaftarkan diri sebagai ahli koperasi.

Ia akan dilaksanakan
melalui kiriman surat kepada penduduk kampung yang berkenaan.

Dengan cara ini, dia berharap semua penduduk
kampung yang sebelum ini agak keberatan untuk menjadi ahli akan menyertai
koperasi demi manfaat pen

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article