- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Halatuju Tanaman Lada Negara

Must read

Kira-kira 65 ribu
keluarga tani di Sarawak yang mengusahakan kira-kira 12,542 hektar tanah dengan
tanaman lada akan menikmati manfaat daripada penilaian semula kerajaan terhadap
halatuju pembangunan tanaman itu.

Pada tahun 2005,
pengeluaran lada dunia adalah sebanyak 294,770 tan metrik, manakala
penggunaannya adalah sebanyak 280,838 tan metrik.

Sementara
pada tahun ini, pengeluaran lada dunia dianggarkan sebanyak 255,200 tan metrik,
manakala penggunaannya dianggarkan sebanyak 294,880 tan metrik.

Anggaran itu adalah
berdasarkan aliran penggunaan lada dunia yang meningkat sekitar empat hingga
lima peratus setahun.

Lada mendapat pasaran
yang amat tinggi kerana fungsinya sebagai perisa makanan serta digunakan secara
meluas dalam bidang perubatan dan kosmetik.

Buat masa kini,
Malaysia merupakan negara pengeluar lada kelima terbesar di dunia selepas
Vietnam, India, Brazil dan Indonesia. Pasaran utamanya adalah negara-negara
Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

Purata pengeluaran
lada negara bagi tempoh 1996 hingga 2005 adalah sebanyak kira-kira 21 ribu tan
metrik setahun yang menyumbang secara purata berjumlah kira-kira RM221.7 juta
setahun kepada pendapatan eksport lada negara bagi tempoh masa yang sama.

Di dalam Dasar
Pertanian Negara Ketiga (DPN-3), kerajaan mensasarkan pengeluaran lada negara
meningkat kepada kepada kira-kira 30 ribu tan metrik dengan luas kawasan
kira-kira 13 ribu hektar.

Potensi pasaran dunia
yang menggalakkan dan pembangunan tanaman lada yang belum mencapai tahap yang
disasarkan kerajaan itu telah membawa kepada penilaian hala tuju industri lada
Malaysia serta bidang kuasa sebuah badan baru yang akan diwujudkan bagi tujuan
itu.

Usaha itu sedang
diterajui oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama-sama
Jemaah Pemasaran Lada Hitam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
FAMA, Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Bagi tempoh tahun
2005-2010, sejumlah RM84.5 juta telah disediakan dalam bentuk bantuan baja,
racun, alat-alat pemprosesan kecil dan bahan tanaman dan khidmat nasihat kepada
para pengusaha sebagai galakan dan
pembangunan tanaman lada.

Melalui usaha berkenaan,
kerajaan menjangkakan industri lada dapat diperkasa dan diurus dengan lebih
sempurna dan teratur, bukan sahaja untuk mempertingkatkan pendapatan eksport
dan keperluan tempatan yang kian meningkat, malah membantu meningkatkan
pendapatan para pengusaha tanaman lada di negara ini.

Perancangan pendekatan baru untuk industri lada negara :

  1. meningkatkan
    penyelidikan dan pembangunan bagi tanaman termasuk meningkatkan produktiviti,
    mengurangkan kos dan klon-klon yang lebih sesuai dan mempunyai keistimewaan
    tersendiri
  2. menggalakkan
    pengeluaran produk tambah nilai dan produk khusus seperti lada putih kering
  3. pelaksanaan penanaman
    berkelompok yang telus dan terselia untuk menentukan produk yang dikeluarkan
    itu adalah mengikut kehendak pengguna melalui kaedah good agriculture practice
  4. penyelidikan ke atas
    penggunaan baru lada dan produk lada

Fakta lada

  1. 68 ribu keluarga tani
    terlibat dengan tanaman lada di Malaysia
  2. 65 ribu keluarga
    adalah di Sarawak
  3. 12,542 hektar tanah
    ditanam dengan lada di Sarawak. Kesesuaian tanah berbukit dan iklim
    menggalakkan tanaman itu diusahakan di Sarawak
  4. Biji lada yang telah kering boleh disimpan
    sehingga lebih 10 tahun
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article