- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kekurangan Bukanlah Halangan Bangunkan Komuniti

Must read

Pada awal penubuhannya
sekitar tahun 1982, KRT Batu Kawa tidak mempunyai sebarang lokasi tetap untuk
menjalankan aktivitinya namun ini tidak pula menjadi halangan Pengerusinya,
Encik Ismail Bujang sebaliknya telah mengambil inisiatif menggunakan rumahnya
bagi tujuan tersebut.

Bagi beliau, jelasnya, tiada
alasan untuk tidak berbuat sesuatu, kerana baginya tugas adalah amanah yang
perlu dilaksanakan.

Hanya pada tahun 1989, KRT
ini berpindah ke tapak rasmi KRT yang disediakan kerajaan. Kini, KRT Batu Kawa
berbangga kerana memiliki sebuah bangunan yang menempatkan pejabat operasi KRT
Batu Kawa yang turut menempatkan tiga (3) kelas buah Tadika Perpaduan.

Encik Ismail ketika
mengimbau kembali kenangan itu, bagi beliau dengan menjalankan aktiviti di
rumahnya, ianya secara tidak langsung menjadi tali pengikat silaturrahim antara
dirinya dengan komuniti di situ.

Mungkin disebabkan
kepercayaan itulah, dia berjaya memimpin KRT Batu Kawa sehingga ke hari ini
iaitu kira-kira lebih 20 tahun.

Dia bagaimanapun masih
berpendapat rumah adalah tempat sesuai untuk melaksanakan aktiviti bersifat
kemasyarakatan meskipun tidak lagi menjadikannya tempat berbincang hal-ehwal
komuniti.

Namun dia cuba mempraktikkan
apa yang pernah dilakukannya dahulu melalui pendekatan mengadakan lawatan dari
rumah ke rumah atau “turun padang” untuk mendekati komunitinya.

Menurutnya dia tidak
mempunyai formula khusus untuk menjadikan KRT pimpinannya itu berjaya kerana
segalanya terletak kepada kerjasama kedua belah pihak iaitu di peringkat AJK
dan penyertaan komunitinya.

Jelasnya, kini KRT
berhadapan dengan cabaran yang besar iaitu untuk meyakinkan masyarakat bagaimana
ia masih relevan dengan kehidupan mereka. Sebab itulah, jelasnya “mereka” perlu
hampir dengan masyarakat.

Katanya, komuniti
boleh mengambil jalan mudah untuk tidak terlibat dalam aktiviti atas alasan
kesibukan dengan tugas seharian.

“Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan
agensi-agensi kerajaan dengan harapan segala masalah komuniti akan sentiasa
dapat ditangani dengan segera dan bijaksana.” jelas Ismail.

Sambil mengambil
contoh mengenai kejadian kebakaran yang pernah berlaku di RPR Batu Kawah, Ismail
menjelaskan KRT kawasan ini dengan segera menghulurkan bantuan kepada mangsa
yang terlibat.

“Itulah semangat hidup berkomuniti yang ingin
kami tekankan” jelasnya.

Jelas beliau lagi,
situasi dan peranan KRT pada tahun 70an tidak boleh disamakan dengan keadaan
yang berlaku hari ini. “Kalau dahulu ia lebih bersifat “jaga keselamatan” namun
kini beralih kepada konsep kejiranan yang lebih bercorak pembangunan ekonomi
dan sosial ”,jelas Ismail yang turut menyaksikan peralihan tersebut semasa
memimpin KRT Batu Kawa.

KRT Batu Kawa
mempunyai keluasan 121 ekar merangkumi RPR 1 (49 ekar) dan RPR 2 (seluas 72
ekar). Antara kemudahan awam yang terdapat di KRT Batu Kawa ini ialah
masjid,padang bola sepak, Taman Rekreasi, Pusat Khidmat Sosial, Dewan
Serbaguna, Sekolah, Perpustakaan Desa dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article