- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Laporan Impak Setiap Projek

Must read

Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi
mengarahkan semua Kerajaan Negeri menyediakan laporan impak bagi menilai prestasi
setiap projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Laporan impak itu perlu mengandungi maklumat terperinci
berkaitan perbelanjaan yang digunakan, keberkesanan dan faedah sesuatu projek
kepada orang awam.

Penyediaan laporan itu perlu dimulakan dari sekarang dengan
mengumpulkan semua maklumat yang terkandung dalam fail kemajuan projek supaya
dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh.

Ketika ini, laporan projek
terlalu memberi penekanan kepada jumlah wang dibelanjakan. Namun, tindakan itu
tidak memberi gambaran jelas sama ada wang itu memberi manfaat atau tidak
kepada masyarakat. Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu ketika mengadakan
lawatan kerja di Selangor baru-baru ini.

Kerana itu menurutnya, banyak projek yang dilaksanakan oleh
Kerajaan-kerajaan Negeri menghadapi masalah kerana kurang pemantauan,
penyelenggaraan dan penilaian bagi setiap fasa projek yang dilaksanakan.

Laporan impak
ditekankan kerana ia mementingkan aspek perkhidmatan untuk masyarakat dan harus
meliputi semua projek
awam termasuk projek infrastruktur, perumahan dan pertanian komersil.

Perdana Menteri juga mengarahkan supaya jabatan-jabatan yang
terlibat dengan pengeluaran lesen atau kelulusan sesuatu projek supaya memantau
projek mereka dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sesuatu projek itu
menghadapi masalah.

Jika berlaku masalah, laporan impak itu turut dapat membantu
mengenalpasti tindakan segera yang perlu untuk membetulkannya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article