- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

“Makanan Pilihan Tahanan Reman”

Must read

Melihat
kepada tajuk artikel ini, mungkin pembaca tertanya-tanya apa relevannya projek
itu dalam usaha penjimatan kos ke atas penjara di negara ini ?

Mengikut
statistik, setiap tahun seluruh penjara diperuntukkan “catuan” makanan RM300
sebulan kepada setiap banduan, termasuklah tahanan reman di negara. Tapi
mengambil kira peningkatan kos dan diet yang sihat, secara praktikalnya sesuatu
usaha harus dilakukan.

Penjara
Miri menyahut cabaran ini dengan memperkenalkan projek yang sedikit sebanyak
mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan di samping pada masa yang sama
mempraktikkan kebebasan hak asasi individu di bawah pengurusan layanan tahanan
reman. Di bawah perkara ini mana-mana pesalah yang belum disabitkan boleh
memilih makanannya sendiri.

Menurut
TPP Wallace, tahanan reman berhak untuk memilih apa sahaja makanan sebagaimana
yang dinyatakan dalam peraturan. Walaubagaimanapun, pihak penjara akan
memutuskan permintaan itu boleh dilaksanakan atau tidak setelah mengkaji diet
berkenaan iaitu sama ada ianya baik ataupun tidak untuk kesihatan.

Wallace
turut menjelaskan bahawa setakat ini belum ada penjara di Malaysia yang
mengeluarkan sesuatu kajian atau projek tentang diet tahanan reman.

Menurut
beliau, dalam melaksanakan projek ini,
pihaknya telah merujuk kepada pihak hospital dan jabatan audit bagi memastikan
pelaksanaan projek ini sesuai dengan keperluan kesihatan individu dan tidak
bercanggah dengan peraturan jabatan dan perkhidmatan awam. Setelah menyemak
beberapa klausa tertentu dalam peraturan penjara, mereka meneruskan projek
tersebut.

“Pada
peringkat awal projek ini,pihak kita telah membuat tapisan ke atas jenis-jenis
makanan yang telah disenaraikan oleh tahanan reman”,tambah Wallace.

“Ini bagi memudahkan kita untuk merujuk menu mana yang
sesuai”, jelas Wallace

Katanya, setelah 3 ke 4 kali perjumpaan dengan pegawai
dietetic, hospital Miri akhirnya mereka dapat membuat satu jadual rumusan
menu-menu pilihan tahanan reman itu.

Menurut
Wallace, kebiasaannya piliihan diet untuk tahanan reman ini dibuat pada hari
Rabu setiap 2 kali sebulan.

“Kalau tahanan reman,
setuju tidak terima dari dapur, pembaziran boleh dikurangkan”, jelasnya.

Penyediaan
makanan untuk tahanan reman, menurutnya tidak memerlukan kos yang tinggi kerana
kebanyakan sumber kewangan adalah datangnya dari wang tahanan reman itu sendiri
iaitu ketika tahanan reman berkaitan dimasukkan ke pusat tahanan dan juga dari
sumber kewangan keluarga semasa lawatan.

Manakala
Gerry yang bertanggungjawab memastikan bekalan makanan mencukupi berkata
penjimatan bukan sahaja dilihat daripada pemotongan “catuan” RM15 seorang
individu tersebut malah pembelian bahan mentah juga berjaya dikurangkan
sehingga RM5 ke RM6 seorang.

Siapa
sangka bahawa idea yang lahir pada
penghujung Disember 2004, projek Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Penjara
Miri ini berjaya mengurangkan kos yang ditanggung penjara miri disamping
meningkatkan usaha penambahbaikan di agensi tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article