- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mutu Pengangkutan Awam Perlu Ditingkat

Must read

Bandar Raya Kuching
akan berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya yang serius dalam masa lima tahun akan datang jika tiada
langkah jitu diambil bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di situ.

Jangkaan itu
berdasarkan fakta bahawa berlaku peningkatan sebanyak dua peratus dalam
pendaftaran kenderaan bagi setiap satu peratus peningkatan populasi penduduk di
bandar raya itu.

Demikian menurut Dr.
Lawrence Tseu, Ketua Penolong Pengarah di Unit Perancang Negeri dalam
ceramahnya yang bertajuk “Pengangkutan Bandar dan Persekitaran Mapan – Platfom
Menuju Perubahan: Mengenai Kuching” pada Brown
Bag Seminar
anjuran
Institut
Pembangunan Sarawak (SDI)
dan Unit Pembangunan Sumber
Manusia dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri di Kuching pada Jun lalu.

Menurutnya, pada
tahun 2003, kira-kira 570,000 orang mendiami
Bandar Raya Kuching yang seluas kira-kira 430 kilometer
persegi. S
ementara itu, bilangan kenderaan persendirian berdaftar pada
tahun 2004 pula ialah kira-kira 383,029 buah.

Populasinya juga
dijangka mencatat peningkatan sehingga mencapai kira-kira 700,000 orang pada
tahun 2020 yang seterusnya turut memberi kesan kepada bilangan kenderaan.

Ketika ini kira-kira
65 peratus penduduk bandar raya bergerak dengan kereta sementara 15 peratus
menggunakan motosikal.

Menurut Dr. Lawrence, statistik juga menunjukkan kira-kira
77 peratus isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan.

Keadaan itu telah
menyebabkan kesesakan yang semakin kritikal terutama pada waktu puncak sehingga
membawa kepada pembinaan
jalan-jalan
baru, lebuh raya serta melebar jalan sedia ada dan membina jejambat bagi
menggantikan peranan lampu isyarat.

Walau bagaimanapun, beliau
menjelaskan bahawa tindakan berkenaan telah gagal mengatasi masalah itu, malah
telah meningkatkan pergerakan bilangan kenderaan persendirian di bandar.

Selain kekurangan tempat
meletak kenderaan, keadaan itu turut menjurus kepada peningkatan masalah
kesihatan, sosial dan isu alam sekitar.

Perkhidmatan
pengangkutan awam khususnya bas tidak menarik minat orang awam kerana
kebanyakan bas yang beroperasi telah berusia, tidak mempunyai pendingin udara
serta masa perjalanan yang tidak efisyen
menyebabkan orang ramai lebih suka memilih kenderaan
persendirian.

Golongan berpendapatan rendah juga tidak mempunyai pilihan
dan terpaksa membeli kenderaan persendirian walaupun tindakan itu mungkin
membebankan situasi kewangan mereka.

Justeru katanya, kelemahan dalam
penyediaan pengangkutan awam perlu ditangani segera oleh semua agensi dan pihak
berkaitan dengan menambahbaik sistem pengangkutan awam bukan sahaja di Kuching,
malah di semua bandar utama negeri ini.

Jika ia mampu dilaksanakan,
satu sistem pengangkutan awam yang mapan akan dapat disediakan dan seterusnya
mungkin mampu mengubah gaya hidup dan cara pergerakan masyarakat di Bandar Raya
Kuching dan bandar-bandar lain di negeri ini.

Fakta Ringkas Bandar Raya Kuching

Keluasan : 430 kilometer persegi

Populasi : 570,000 orang (Tahun 2003), 700,000 (Tahun 2020)

Kenderaan persendirian : 383,029 buah (197,882 kereta dan
185,147 motosikal) (Tahun 2004)

Jumlah bas : 1058 (1998), 1075 (2004)

Keseluruhan kenderaan : 1,597 (Tahun 1955) 446,498 buah
(Tahun 2004)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article