- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Pembangunan Luar Bandar Tumpuan Sarawak

Must read

Strategi
pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak akan diberi tumpuan khusus di dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pembinaan infrastruktur dan prasarana di
kawasan itu akan diperhebat bagi mendekatkan jurang pembangunan di antara
kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.

Sarawak
telah diperuntukkan sebanyak RM13.40 bilion manakala RM1.70 bilion lagi
diperuntukkan di bawah inisiatif kewangan swasta sebagai tambahan yang
menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM15.10 bilion.

Itu
menjadikan Sarawak mendapat peruntukan yang ketiga terbesar dalam RMK-9 dari
segi peruntukan bajet untuk seluruh negeri di Malaysia.

Daripada
jumlah peruntukan itu, RM4.17 bilion akan digunakan untuk membaiki taraf hidup
rakyat di luar bandar
yang akan disalurkan melalui
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membangunkan kawasan luar
bandar di Sarawak.

Justeru, peruntukan yang besar itu
merupakan peluang yang baik untuk kerajaan merapatkan lagi jurang antara
wilayah di negeri ini.

Demikian
jelas Senator Dato Sri Empiang Jabu ketika berucap membahaskan Usul
Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan Persidangan Dewan Negara baru-baru
ini.

Selain
pembangunan luar bandar, tumpuan turut diberi kepada pembangunan sektor
pendidikan melalui peruntukan berjumlah RM3.60 bilion dan infrastruktur serta
kemudahan asas sejumlah RM3.3 bilion.

Menurutnya
lagi, YAB Ketua Menteri Sarawak ketika menyampaikan perspektif pelaksanaan
RMK-9 bagi Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri pada April lalu telah
menekankan kepada pembangunan sektor ekonomi yang mampu memberi pulangan
lumayan dan dianggap berpotensi seperti pemodenan pertanian yang menggunakan
pendekatan ‘agro-pole’ serta kegiatan
pelancongan melalui promosi ‘meeting,
insentif, konvensyen dan exhibition’.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan turut memberi
perhatian kepada peningkatan pembangunan sektor pembuatan dalam mengusahakan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memacu pertumbuhan bandar dan
wilayah serta pembangunan luar bandar yang seimbang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article