- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Pembangunan Mapan

Must read

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
pada Disember 2002, melalui Resolusi 57/254, telah menetapkan bahawa tempoh
selama 10 tahun bermula pada tahun 2005 sehingga 2014 diisytiharkan sebagai
“Dekad Untuk Pendidikan Pembangunan Mapan PBB” (UN DESD).

United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization

(UNESCO) yang diberi peranan sebagai agensi utama untuk mempromosikan dekad itu
ke seluruh dunia amat memerlukan sokongan daripada semua kerajaan di dunia.

Apa yang Diharapkan dalam Pembangunan
Mapan?

Pembangunan mapan merupakan hasrat
untuk meningkatkan kualiti hidup semua orang dalam aspek ekonomi, sosial dan
alam sekitar, tetapi tidak mengabaikan keperluan generasi pada masa akan
datang.

Ini kerana sumber yang ada pada hari
ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin agar ia dapat terus dinikmati oleh
generasi akan datang.

Tetapi
umum menyedari bahawa aspek meningkatkan kualiti hidup mungkin berbeza-beza
antara negara dan wilayah.

Sehubungan
itu tidak ada mana-mana negara, wilayah, kerajaan, institusi mahupun individu
dapat menjayakannya seorang diri kerana cabaran terpenting untuk mencapai
pembangunan mapan memerlukan kerjasama global, kolektif dan komitmen setiap
individu.

Pendidikan dalam Pembangunan Mapan

Sepanjang
“Dekad Untuk Pendidikan Pembangunan Mapan PBB”, pendidikan akan dijadikan
instrumen utama bagi mempromosikan pembangunan mapan.

“Pendidikan – sebarang bentuk dan pada
semua peringkat – bukan sahaja terhad kepada dirinya tetapi merupakan instrumen
terpenting bagi membawa perubahan untuk mencapai pembangunan mapan.” (Koichiro
Matsuura, Director-General UNESCO).

Sehubungan
itu, semua negara di dunia perlu turut sama memainkan peranan bagi menjayakan
harapan dalam dekad itu dengan mengintegrasikan strategi pendidikan kebangsaan
dengan Pendidikan Pembangunan Mapan (ESD)
serta pelan tindakan yang berkaitan.

Bagi
mencapai usaha berkenaan, semua kerajaan perlu memfokuskan kepada

  1. mempromosi
    serta meningkatkan kualiti pendidikan
  2. melihat
    kembali hala tuju program pendidikan
  3. meningkatkan
    kesedaran dan pemahaman orang awam
  4. menyediakan
    latihan praktikal

Selain daripada memberi kesedaran dan
pemahaman orang ramai tentang pembangunan mapan, ESD juga mengharapkan agar orang ramai dapat mengubah sikap,
tingkah laku dan tindakan dalam
kehidupan seharian yang boleh menjejaskan kepentingan generasi akan datang dan
pada masa yang sama mampu menikmati hasil pembangunan.

Kerajaan Malaysia di
dalam Bajet 2006 telah menekankan betapa pentingnya usaha m
eningkatkan kualiti alam sekitar. Sebanyak 1.9 bilion ringgit telah
diperuntukkan untuk melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar.

Peruntukan
itu semata-mata bagi memastikan bahawa pembangunan fizikal negara akan
diseimbangkan dengan pemeliharaan alam sekitar demi memastikan pembangunan
mapan dapat dipertahankan.

Peruntukan
yang tinggi serta pelbagai program yang sedang dan akan dilaksanakan, termasuk
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan disaingi dengan usaha memberi
pendidikan pembangunan mapan yang sewajarnya kepada segenap lapisan masyarakat.

Hanya
dengan usaha itu, orang ramai akan lebih memahami dan seterusnya turut sama
memainkan peranan masing-masing untuk mencapai aspirasi manusia di seluruh
dunia itu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article