- Advertisement -
4,848
published news
and counting

Penerimaan Sijil Sakit Swasta

Must read

Pada 27 April
2006 yang lalu, Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato’ Sri
Ismail Adam dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 telah memaklumkan
bahawa mulai tarikh pekeliling itu dikeluarkan pindaan peraturan berkaitan
penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit
adalah diterima pakai.

Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, dalam pekeliling berkenaan menyatakan dalam
Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budi
bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi
tujuan meluluskan cuti sakit.

Maka dengan itu
selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta,
Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit
yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti
sakit.

Sungguhpun
demikian, kemudahan cuti sakit berkenaan hanya boleh diluluskan dengan
syarat-syarat seperti berikut:

- Advertisement -

1. bagi
pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit
yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau

2. bagi
pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit
yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan

3. jumlah
cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan
yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun
kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90
hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.

Walau
bagaimanapun, Ketua Pengarah, Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia dalam pekeliling berkenaan menjelaskan bahawa
pemakaian pindaan ini adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa
masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan
kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article