- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Ulang Tahun Kelima Puluh

Must read

Taman Negara Bako
sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Muara Tebas merupakan taman negara
tertua di Sarawak dan akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun hadapan.

Digazet pada tahun 1957 dengan keluasan kira-kira 2,727
hektar, sambutan ulang tahun Taman Negara Bako tepat pada masanya kerana pada
masa yang sama juga berlangsungnya Tahun Melawat Malaysia 2007.

Sehubungan itu,
pelbagai aktiviti berkaitan, antaranya merentas hutan, telah dirancang untuk
dilaksanakan.

Demikian menurut
Pengurus Taman Negara Bako, Encik Siali Aban kepada para peserta “Bengkel
Pembangunan Mapan: Bagaimana Media Boleh Membantu?” anjuran Angkatan Zaman
Mansang yang disertai oleh para pengamal media ke taman negara itu baru-baru
ini.

Menurutnya, pada
tahun 1981 sejumlah kira-kira 5,680 orang telah datang ke Taman Negara Bako.
Angka itu terus mencatatkan peningkatan kepada 20,975 orang pada tahun 2000 dan
27,194 pengunjung pada tahun lalu.

Daripada sejumlah
27,194 pengunjung pada tahun 2005, kira-kira 19,284 daripadanya adalah
pelancong asing.

Taman Negara Bako dikenali pelancong kerana mempunyai hampir
kesemua spesis tumbuhan di Borneo, beberapa spesis kera antaranya ‘Proboscis’
yang hanya dijumpai di Borneo dan lebih daripada 150 spesis burung.

Encik Siali turut mendedahkan sebanyak sembilan spesis baru
kelawar berjaya direkodkan baru-baru ini. Bekas tapak kaki harimau bintang yang
dijumpai juga menjadi penemuan penting.

Kesan hakisan pantai
yang berlaku sejak kira-kira 23 juta tahun yang lalu turut menjadi antara
tarikan utama pengunjung ke taman negara itu.

Para pengunjung juga
berpeluang memilih lapan belas laluan denai dalam taman negara bagi membolehkan
mereka menikmati keindahan flora dan fauna taman negara. Ia berikutan setiap
satunya mempunyai daya tarikan serta jarak perjalanan yang berbeza.

Ketika ini pihak
taman negara menyediakan pelbagai produk kepada para pengunjung seperti
kemudahan untuk bengkel dan kursus, perkhemahan, sukaneka, penggambaran filem,
kayak, penyelidikan, rumah penginapan dan banyak lagi.

Untuk sampai ke situ,
pengunjung perlu sampai ke Kampung Bako yang terletak kira-kira 40 minit
perjalanan (27 km) dari Bandar Raya Kuching. Kemudiannya mereka perlu menaiki
perkhidmatan bot penduduk kampung yang memakan masa kira-kira 30 minit untuk
sampai ke taman negara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article