Masyarakat hari ini
dibayangi dengan masalah ceti haram yang dikaitkan pula dengan gejala ‘along’.
Kesempitan wang yang tidak diduga menjadi punca kepada pilihan untuk
mendapatkan sumber wang pada masa yang singkat.
Namun, tindakan itu
mengundang masalah. Kadar faedah yang tinggi di samping cara keras yang
digunakan oleh ceti haram untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjam, telah
menyebabkan ramai di kalangan ahli masyarakat berhadapan dengan keresahan.
Tetapi Koperasi Serbaguna Miri
Berhad (KSMB) telah muncul dengan idea terbaru dengan memperkenal satu skim
pinjaman berkonsepkan Islam yang dikenali Skim Ar-Rahnu pada tahun 2004.
Ia menjadikan KSMB merupakan
koperasi yang pertama memperkenal Skim Ar-Rahnu kepada ahli-ahlinya dan juga
kepada orang awam di Sarawak.
Skim Ar-Rahnu merupakan pinjaman
yang bersandarkan emas. Kemudahan itu ditawarkan untuk membantu golongan yang
memerlukan wang tunai segera bagi membantu mereka membiayai pendidikan, kos
perubatan dan hospital, modal perniagaan, pembayaran hutang dan sebagainya.
Had pembiayaan adalah sehingga
RM5,000 bagi sekali permohonan dengan tempoh bayaran balik antara 6 hingga 10
bulan.
Peminjam hanya perlu membuat
cagaran barang emas bagi membolehkan mereka membuat pinjaman.
Kemudahan yang diperkenal itu
membuatkan orang ramai atau pelanggan KSMB akan berasa lebih terjamin, bukan
kerana ada alternatif sumber pinjaman wang, tetapi juga kerana mereka telah
berurusan dengan sebuah agensi yang sah di sisi undang-undang.
Para pelanggan juga dijamin bahawa
barang kemas yang disimpan adalah selamat di KSMB.
Kelebihan Skim Ar-Rahnu
- Cara mudah mendapat wang tunai
segera dengan pemeriksaan kredit yang minimum - Kadar simpanan selamat terendah
iaitu RM1.00 sebulan bagi emas bernilai kurang dari RM510 di pasaran dan RM1.50
sebulan bagi emas bernilai lebih daripada RM510. - Barang kemas disimpan dengan
selamat
Untuk melayakkan pelanggan
berurusan dengan Skim Ar-Rahnu di KSMB, mereka perlu merupakan warganegara
Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, merupakan anggota KSMB atau Skim
Ar-Rahnu.
Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Koperasi Serbaguna Miri Berhad
Lot
790, Jalan Bintang, Bintang Jaya Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak.
Tel:
085-418688
Faks: 085-417885
Emel: ksmbintg@streamyx.com