- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

HPA 2006 di Bintulu

Must read

Jabatan Penerangan Negeri
muncul kaunter terbaik mengalahkan kira-kira 30 buah kaunter yang dibuka oleh
pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang menyertai aktiviti Hari Bersama
Pelanggan (HBP) bersempena Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri 2006 di
Bintulu.

Tempat kedua
dirangkul oleh Jabatan Pertanian Bintulu sementara Perbadanan Pembekalan Letrik
Sarawak (SESCo) Pejabat Wilayah Bintulu menduduki tempat ketiga.

Orang awam telah
berpusu-pusu menyaksikan HBP yang berlangsung selama tiga hari dua hari itu
bertempat di Dewan Suarah Bintulu.

Ramai telah mengambil
kesempatan untuk mendapatkan maklumat seperti proses dan prosedur, peranan
serta fungsi sebuah jabatan serta agensi kerajaan.

Program itu juga
turut memudahkan orang ramai tanpa perlu mengunjungi pelbagai jabatan dan
agensi kerajaan di pelbagai pejabat berasingan demi mendapatkan maklumat lanjut
atau bertanyakan tentang kemusykilan masing-masing.

Malah orang ramai
juga berpeluang untuk berinteraksi dengan para pegawai di kaunter untuk
mendapatkan maklumat yang mungkin sukar untuk diperoleh dalam sebarang risalah.

Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain telah menyampaikan hadiah
kepada pemenang HBP 2006 serta merasmikan HBP kali ini.

Beliau turut
menyampaikan sijil penyertaan serta mengadakan lawatan ke tapak HBP.

Antara yang mendapat
sambutan kali ini ialah aktiviti kuiz dan pemeriksaan kesihatan yang terbuka
kepada orang ramai serta pertandingan melukis di kalangan pelajar sekolah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article