Setiap anggota Koperasi SMK Dato Permaisuri (SMKDP) Miri
Bhd. kini berasa cukup bangga dan yakin dalam mengabarkan berita pencapaian
mereka kepada koperasi-koperasi lain yang ada di negeri ini.
Usaha hampir tiga puluh tahun, sejak penubuhan koperasi
itu pada tahun 1978 kini semakin menampakkan hasil sunnguhpun pernah pada suatu
ketika hampir lumpuh dan tidak bermaya dalam perniagaannya.
Namun ia tidak menghalang mereka untuk meneruskan usaha
sehingga generasi demi generasi kakitangan dan pelajar sekolah telah mendapat
manfaat daripada penubuhan dan aktivitinya.
Kini mereka terus memandang ke hadapan dan semakin berani mengembangkan
sayap perniagaannya dengan meneroka cara terbaik untuk meningkatkan keuntungan.
Pada masa yang sama, kebajikan dan sumbangan kepada pihak sekolah tetap tidak
dilupakan.
Demikian yang dapat disimpulkan daripada taklimat yang
disampaikan oleh Pengerusi Koperasi SMKDP Bhd., Cik Bibi Sabariah kepada
penulis RAKAN Sarawak yang kemudiannya diakhiri dengan kata-kata yang
berbunyi “Koperasi ini diusahakan oleh kami, untuk kami”.
Menurutnya, setiap anggota koperasi di sekolah itu berasa
bangga kerana berjaya membangunkan sebuah koperasi yang mampu menjaga kebajikan
serta memberi pulangan yang sewajarnya kepada pelaburan dan sokongan mereka.
Setiap barangan yang dijual oleh koperasi juga dijamin
kualitinya serta mampu memenuhi keperluan setiap anggota koperasi.
Malah, penganjuran serta penyertaan para anggota koperasi
dalam aktiviti berkaitan koperasi sepanjang tahun menjadikannya terus releven
serta memenuhi keperluan pelajar dan sekolah.
Situasi seperti itu telah menggalakkan serta menjadikan
gerakan koperasi di sekolah ini terus maju selaras dengan objektif
penubuhannya. Dedikasi yang dizahirkan oleh kakitangan sekolah terutama dalam
soal sumbangan idea dan masa juga tidak ternilai kerana ini menjadi pendorong
serta pencetus semangat bagi seluruh warga sekolah memajukan gerakan Koperasi
SMKDP Miri Bhd.
Latar
belakang
Koperasi SMKDP Miri Bhd. ditubuhkan pada 24 Januari 1978.
Pada ketika itu ia dikenali dengan nama Koperasi SMK Bahasa Malaysia Miri Bhd.
yang kemudiannya ditukar namanya seperti pada hari ini pada 25 Mac 2002.
Pada asalnya, koperasi ini hanya sebuah koperasi kecil yang
menjual alat tulis dan kelengkapan asas pelajar asrama, sehinggalah pada tahun
1997, apabila ia mempunyai premis yang tetap serta lebih besar.
Dengan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah, bermula
pada tahun itu juga kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran premis mula
dilaksanakan.
Setahun selepas itu, pihak koperasi sekolah telah menetapkan
komisen sebanyak 20 peratus daripada pembekal-pembekal makanan yang menghantar
barangan mereka untuk dijual oleh pihak koperasi.
Era tahun 2000 sehingga kini juga menyaksikan beberapa
transformasi kepada aktiviti perniagaan koperasi.
Antaranya ialah sistem sewaan tapak yang diperkenal pada
tahun 2004 dengan menyediakan ruang niaga untuk disewakan kepada
pengusaha-pengusaha makanan dengan kadar sebanyak RM2,500 sebulan.
Keanggotaan
- Keahlian : 1807 anggota (Pelajar – 1,728 orang dan
Kakitangan – 79 orang) - Saham maksimum : RM500.00 bagi seorang guru dan kakitangan
sekolah, RM1.50 bagi seorang pelajar.
Visi
‘Cekap dan Amanah’ dan untuk menjadi sebuah koperasi yang
berdaya saing dan berinovasi dalam ruang pendidikan keusahawanan di Miri
menjelang tahun 2007.
Misi
- Menjadi sebuah koperasi sekolah yang menekankan aspek
pendidikan keusahawanan melalui - Pemupukan minat guru dan pelajar dalam bidang perakaunan dan
keusahawanan - Memberi pemdedahan secara teori dan praktikal kepada pelajar
serta guru tentang kemahiran perniagaan, pengurusan dan pentadbiran - Menyemai sikap bertanggungjawab, cekap dan amanah dalam pengurusan
perniagaan - Memupuk sifat usahawan yang berjaya
- Membiasakan para pelajar dengan aktiviti sosial
- Menjaga kebajikan ahli-ahli koperasi
Piagam
Pelanggan
Bertekad merealisasikan :
- Perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan
- Kepuasan optimum pelanggan
- Barangan berkualiti dengan harga berpatutan
- Memupuk sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab
- Kegiatan yang mendidik pelajar
- Perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra
- Keceriaan koperasi setiap masa
- Kejayaan koperasi kejayaan semua
Jenis
perniagaan
Barangan jualan seperti
- alat tulis
- minuman
- ais krim
- keperluan asrama
- tali leher
- buku kerja
- selimut
- cadar
- sarung bantal
- baju T
kokurikulum dan rumah sukan.
Keuntungan
dan manfaat
- Memberi pendidikan kepada ahli melalui kursus-kursus anjuran
koperasi, MKM, Angkasa dan JPK - Membantu pelajar miskin dengan membekalkan buku kerja, buku
latihan, alat tulis, baju T sekolah dan tali leher. - Sumbangan kewangan kepada pelajar yang mewakili sekolah
untuk pertandingan di peringkat bahagian dan negeri - Sumbangan kewangan kepada sekolah untuk menjayakan pelbagai
aktiviti ko-kurikulum dan majlis keraian - Meningkatkan tahap ekonomi para ahli koperasi dengan memberi
elaun bagi tugasan yang diamanahkan seperti dalam proses jual beli,
pembungkusan dan lain-lain
Aktiviti
Sepanjang Tahun 2006
Januari
- Jualan Hari Pendaftaran Kelas
- Projek Kebajikan Pelajar Kurang Mampu SMK Dato Permaisuri
Februari
- Pengagihan Buku Kerja (Fasa 2)
- Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi anjuran MKM dan
JPK Bahagian Miri
Mac
- Gotong-royong mengemas dan membersih stor dan kawasan
sekitar koperasi - Projek Kolam Ikan dengan usahasama staf sokongan SMK Dato
Permaisuri
April
- Kursus Memahami Laporan Kewangan Tahunan anjuran MKM dan JPK
Bahagian Miri - Pemilihan dan temuduga AJK/ALK Koperasi sekolah sesi
2006/2007
Mei
- Promosi Jualan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Pekerja
- Projek Kebajikan Sun Flower Centre Miri
- Gotong royong menceriakan koperasi sekolah
- Kem Motivasi AJK/ALK Pelajar Peringkat Sekolah
Jun
- Pertandingan PETANQUE peringkat sekolah
- Pertandingan Kuiz Koperasi Antara Sekolah Bahagian Miri
- Cenderahati dan peruntukan kewangan untuk Majlis Makan Malam
Hari Guru Peringkat Sekolah
Julai
- Pertandingan Kuiz Koperasi Antara Sekolah Peringkat Negeri
Sarawak 2006 - Hari Anugerah Kualiti Koperasi Peringkat Negeri Sarawak 2006
- Jamuan Makan Malam Hari Anugerah Kualiti Koperasi Peringkat
Negeri Sarawak 2006 - Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2005/2006
Ogos
- Lawatan Sambil Belajar ke Kota Kinabalu, Sabah
- Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di PULAKOP
Cawangan Sabah
September
- Lawatan ke Koperasi SMK Subis Berhad dan Koperasi SMK Suai
Berhad - Hari Keluarga Koperasi SMKDP Bhd.
Oktober
- Lawatan Kebajikan ke Rumah Anak Yatim (PERYATIM) Miri
- Projek Kebajikan PERYATIM Miri
- Pembungkusan buku latihan dan alat tulis sesi persekolahan
2007
Pencapaian
- Anugerah Hadiah Khas Koperasi Sekolah Menengah Harian
Kategori A untuk Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Negeri Sarawak 1999 - Hadiah Galakan Koperasi pada tahun 2001
Perancangan
- Latihan amali kepada pelajar dan guru tentang selok-belok
perniagaan dan keusahawanan - Mendedahkan pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip
Perakaunan dan Perdagangan tentan cara merekod urus niaga. Ia dilakukan dengan
cara melantik mereka sebagai jurujual dan ALK koperasi - Mengadakan kursus dan seminar bersama-sama JPK Bahagian
miri, MKM Cawangan Sarawak, PULAKOP Cawangan Sabah dan Angkasa Cawangan
Sarawak. - Perkongsian pintar dengan koperasi-koperasi sekolah lain dan
koperasi-koperasi dewasa di sekitar kawasan Miri - Menubuhkan pasukan Wartawan Koperasi SMKDP Bhd.
- Menghantar ALK/AJK menghadiri kursus atau seminar berkaitan
koperasi - Lawatan sambil belajar ke negeri lain untuk mengadakan
perkongsian pintar dengan koperasi-koperasi sekolah di negeri tersebut