- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penuhi Keperluan Ahli

Must read

Sebut sahaja tentang koperasi sekolah pasti ramai akan
membayangkan pelbagai jenis barang yang dijual untuk keperluan harian warga
sekolah.

Tetapi, di kebanyakan sekolah, mungkin jenis barang serta perkhidmatan
yang dijual atau ditawarkan tidak memenuhi keperluan para pelajar sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan mereka perlu keluar dari kawasan
sekolah untuk mendapatkannya.

Namun, keadaan yang berbeza bagi Koperasi Sekolah Menengah
(SM) Sains Miri Berhad kerana keperluan harian pelajarnya hampir lengkap
disediakan.

Ini kerana kesemua pelajarnya adalah pelajar asrama yang
datang dari serata pelusuk negeri dan jarang balik menemui keluarga.

Tambahan pula para pelajar yang terdiri daripada ahli
koperasi boleh membuat saranan kepada rakan-rakannya yang terlibat dalam
pengurusan harian koperasi untuk mendapatkan jenis barang yang mereka
kehendaki.

Atas sebab itu, lebih ramai pelajar SM Sains Miri yang lebih
suka berurusan atau membeli barangan keperluan mereka di koperasi sekolah.

Malah dengan tawaran bonus serta dividen tahunan yang akan
mereka peroleh saban tahun turut menggalakkan mereka untuk berurusan di
koperasi.

Menurut En Linggi, Setiausaha Koperasi SM Sains Miri,
manfaat yang diperoleh daripada sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh
koperasi telah banyak membantu mendidik nilai keusahawanan di kalangan pelajar
sekolah terutama cara mengurus kewangan dan masa.

Umpamanya, baru-baru ini koperasi sekolah telah mengadakan sebuah
pertandingan ‘Perintis’ bersempena Minggu Koperasi Sekolah.

Dalam program itu, setiap kumpulan yang terdiri daripada
empat pelajar diberikan sejumlah RM40.00 dan mereka bebas menjual barang,
mempromosi dan mengaut seberapa banyak pendapatan daripada modal yang
diberikan.

Kumpulan yang berjaya memperoleh keuntungan tertinggi
menjadi juara.

Sementara itu, Cik Tan Lee Fah, Bendahari Koperasi sekolah
pula berpendapat bahawa pergerakan koperasi di sekolah amat bergantung dengan
cara dan sokongan pengurusan koperasi. Pengurusan yang cekap akan membantu
menggerakkan keseluruhan organisasi untuk mencapai matlamat bagi membantu
ahli-ahlinya.

Sehubungan itu, dedikasi terhadap masa, minat dan usaha amat
diperlukan daripada semua pihak termasuk pelajar yang terlibat dengan
pengurusan koperasi.

Sungguhpun penglibatan penuh para pelajar digalakkan, pihak
sekolah sentiasa memantau prestasi akademik pelajar yang terlibat bagi
memastikan pendidikan mereka tetap menjadi keutamaan.

Pencapaian

Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2005, Koperasi SM Sains
Miri Berhad berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM11,185.31 dengan keuntungan
kasar sebanyak RM21,281.39 (17 peratus).

Sungguhpun perkhidmatan fotostat yang disediakan untuk ahli
mencatatkan kerugian sebanyak RM2,419,88, namun perkhidmatan ini tetap
diteruskan demi keperluan ahli-ahlinya. Kerugian disebabkan oleh susut nilai
dua mesin fotostat dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Perancangan

  • Menggalakkan penyertaan 100 peratus di kalangan kakitangan
    untuk menyertai koperasi
  • Mensasarkan keuntungan kasar kira-kira 20 peratus setahun
  • Melengkapkan koperasi dengan perabot dan mesin chaser yang baru

Profil
Koperasi SM Sains Miri Berhad

  • Didaftarkan pada 16 Julai 1990.
  • Anggota kepada ANGKASA dan Bank Rakyat.
  • Bilangan ahli : 522 orang (kakitangan 57 orang, pelajar 465
    orang)
  • Jumlah syer : RM5,089.00
  • Yuran ahli : Pelajar – 50 sen dengan syer bernilai RM1.00
    dan kakitangan sekolah – RM2.00 dengan syer minimum RM10.00 dan maksimum
    RM400.00.

Urusniaga
dan Perkhidmatan

  1. Menjual alat-alat tulis dan buku tulis
  2. Keperluan harian seperti sabun, bahan cuci, baldi, timba,
    sampu, penggantung baju dan pengilat kasut
  3. Keperluan khas dan semasa seperti sampul surat, stem,
    baju, cadar, selimut, tali leher dan cenderamata
  4. Makanan dan minuman mengikut kehendak anggota
  5. Perkhidmatan fotostat, binding
    dan laminating
  6. Ubat-ubatan dan surat khabar
  7. Permainan dalaman seperti karom, chess, dam, congkak dan sahiba
    serta set permainan luar seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola
    tampar dan pentanqe
  8. Sumbangan hadiah bernilai RM2,000 kepada aktiviti sekolah
    seperti Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, aktiviti-aktiviti kelab dan
    persatuan sekolah
  9. Sumbangan hadiah dalam bentuk barangan kepada pelajar cemerlang
    SPM (RM120.00), PMR (RM80.00), terbaik tingkatan 4 dan 5 (RM50.00 setiap
    seorang) dan terbaik tingkatan 1,2 dan 3 (RM30.00 setiap seorang)
  10. Sumbangan derma kepada mangsa kebakaran blok sekolah yang
    melibatkan 90 pelajar baru-baru ini
  11. Mengurus pemotongan baju batik untuk pelajar

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article