- Advertisement -
4,851
published news
and counting

Pindaan Ke Atas Syarat Kelayakan Kemudahan Tambang

Must read

Berkuatkuasa 1 September 2006, Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia memaklumkan bahawa
pindaan ke atas
syarat kelayakan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal bagi pegawai yang
bertukar wilayah seperti berikut adalah terpakai :

- Advertisement -
  • kemudahan tambang
    diperluaskan untuk tambang perjalanan dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat
    ke ibu negeri wilayah asal (seperti diisytiharkan oleh pegawai) bagi pegawai
    dari Semenanjung atau bandar utama bagi pegawai yang berasal dari Sabah,
    Sarawak atau Labuan; dan
  • kadar tambang adalah
    meliputi keseluruhan kos tambang kapal terbang termasuk harga tiket
    penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api.

Peraturan semasa memperuntukkan
Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal dari tempat tinggal pegawai ke ibu
kota wilayah asal.

Kemudahan tambang disediakan
adalah mengikut tambang sebenar penerbangan dan tidak menjelaskan kedudukan
bayaran insurans penumpang, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api sama
ada ditanggung oleh pegawai atau Kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article