- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Projek Tagang

Must read

Peta lokasi Projek Tagang

Sasaran sebanyak 23 projek ternakan ikan yang dikenali sebagai Projek Tagang telah dirancang untuk pelaksanaan pada tahun 2006 di sungai-sungai yang sesuai di negeri ini.

Ia merupakan projek usahasama di antara Jabatan Pertanian dan komuniti dalam pemeliharaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber ikan di sungai-sungai.

Projek Tagang berasal dari Sabah dan dikenali sebagai Projek Tagal di sana, telah terbukti berjaya meningkatkan bilangan ikan di sungai seterusnya memberikan sumber rezeki sampingan kepada para peserta dan komunitinya.

Di bawah projek itu, anak ikan akan dilepaskan ke dalam sungai terpilih dan dibiarkan membiak dalam persekitaran semula jadi selama kira-kira dua tahun.

Antara spesis ikan yang dilepaskan ialah Sayan, Tengadak, Lampan Jawa dan Jelawat di samping spesis ikan yang sukar diperoleh seperti Empaurau dan Semah.

Dalam jangka masa itu, tiada sesiapa yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan yang berkenaan.

Pada masa yang sama, Jabatan Pertanian melalui Bahagian Perikanan Darat dan peserta projek yang juga komuniti yang berhampiran dengan sungai itu akan memantau kemajuannya.

Melalui projek seperti ini, penghasilan ikan di sungai akan dapat dipertingkat dan pada masa yang sama akan dapat memberi sumber pendapatan kepada komuniti di samping menggalakkan eko-pelancongan.

Setakat Ogos 2006, 12 daripada projek itu telah dilancarkan di negeri ini. Projek perintis telah diadakan di Long Tuyo di Limbang dan Long Bedian di Miri pada tahun 2005.

Projek itu telah menunjukkan kemajuan serta sambutan yang amat baik daripada komuniti setempat. Sehubungan itu, Jabatan Pertanian bercadang akan meningkatkan lagi bilangan pelaksanaan projek itu pada masa hadapan.
Lokasi Projek Tagang yang telah dilancarkan :

  • Kpg. Terbat Mawang, Mongkos
  • Kpg. Mentu, Muara Mongkos
  • Ulu Rimbas, Debak
  • Kpg. Abok Pulau, Pantu
  • Sg. Merio, Engkilili
  • Sg. Marup, Engkilili
  • Sg. Entebar, Undop
  • Sg. Tubau, Tubau
  • Sg. Bilat, Entabai, Julau
  • Sg. Kelaton, Eataih, Pakan
  • Sg. Tenyok, Long Bedian
  • Sg. Tuyo, Long Tuyo
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article