Peta
lokasi Projek Tagang
Sasaran sebanyak 23 projek ternakan ikan yang dikenali sebagai Projek Tagang telah dirancang untuk pelaksanaan pada tahun 2006 di sungai-sungai yang sesuai di negeri ini.
Ia
merupakan projek usahasama di antara Jabatan Pertanian dan komuniti
dalam pemeliharaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber ikan di
sungai-sungai.
Projek Tagang berasal dari Sabah dan dikenali sebagai Projek Tagal
di sana, telah terbukti berjaya meningkatkan bilangan ikan di sungai
seterusnya memberikan sumber rezeki sampingan kepada para peserta dan
komunitinya.
Di
bawah projek itu, anak ikan akan dilepaskan ke dalam sungai terpilih
dan dibiarkan membiak dalam persekitaran semula jadi selama kira-kira
dua tahun.
Antara
spesis ikan yang dilepaskan ialah Sayan, Tengadak, Lampan Jawa dan
Jelawat di samping spesis ikan yang sukar diperoleh seperti Empaurau
dan Semah.
Dalam jangka masa itu, tiada sesiapa yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan yang berkenaan.
Pada
masa yang sama, Jabatan Pertanian melalui Bahagian Perikanan Darat dan
peserta projek yang juga komuniti yang berhampiran dengan sungai itu
akan memantau kemajuannya.
Melalui
projek seperti ini, penghasilan ikan di sungai akan dapat dipertingkat
dan pada masa yang sama akan dapat memberi sumber pendapatan kepada
komuniti di samping menggalakkan eko-pelancongan.
Setakat
Ogos 2006, 12 daripada projek itu telah dilancarkan di negeri ini.
Projek perintis telah diadakan di Long Tuyo di Limbang dan Long Bedian
di Miri pada tahun 2005.
Projek
itu telah menunjukkan kemajuan serta sambutan yang amat baik daripada
komuniti setempat. Sehubungan itu, Jabatan Pertanian bercadang akan
meningkatkan lagi bilangan pelaksanaan projek itu pada masa hadapan.
Lokasi Projek Tagang yang telah dilancarkan :
- Kpg. Terbat Mawang, Mongkos
- Kpg. Mentu, Muara Mongkos
- Ulu Rimbas, Debak
- Kpg. Abok Pulau, Pantu
- Sg. Merio, Engkilili
- Sg. Marup, Engkilili
- Sg. Entebar, Undop
- Sg. Tubau, Tubau
- Sg. Bilat, Entabai, Julau
- Sg. Kelaton, Eataih, Pakan
- Sg. Tenyok, Long Bedian
- Sg. Tuyo, Long Tuyo