- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Seminar HPPN

Must read

Seminar Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN)
2006 yang bertemakan ‘Pertanian adalah Perniagaan’ anjuran Jabatan Pertanian
Sarawak dan Angkatan Zaman Mansang (AZAM)
bertempat di Sri Aman awal Ogos lalu telah berjaya membuka minda seramai
kira-kira 50 peserta yang menghadirinya.

Para peserta yang
terdiri daripada kalangan peladang, penternak dan nelayan berkenaan kini bukan
sahaja melihat pertanian sebagai sumber pendapatan keluarga malah lebih jauh
lagi sebagai sebuah perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai
pihak melalui pewujudan peluang-peluang baru.

Mereka juga telah
berpeluang menghadiri klinik pertanian yang melibatkan penyertaan beberapa buah
agensi seperti Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak, MARDI, FAMA dan SALCRA.

Selain itu, seminar
sehari itu juga membawa kepada perbincangan tentang beberapa sektor pertanian
yang berpotensi untuk dibangunkan.

Sektor tanaman,
perikanan, ternakan dan industri kecil serta sederhana telah dikenal pasti
berpotensi dan mempunyai peluang yang luas untuk dibangunkan

Turut menarik
perhatian peserta ialah kisah kejayaan atau sesi perkongsian pengalaman
daripada beberapa rakan seperjuangan mereka yang dijemput khas oleh pihak
penganjur.

Sesi perkongsian itu
diharap dapat menyuntik semangat para peserta untuk mengikut jejak rakan-rakan
yang telah berjaya menceburkan diri dalam pertaniaan komersil.

Info Seminar HPPN

Diadakan pada setiap
tahun sempena sambutan perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) dan dihadiri oleh para usahawan
dan pengusaha dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Objektif

  • mengukuhkan ilmu
    pengetahuan peserta mengenai pertanian adalah perniagaan
  • menggalakkan minat
    peserta dalam menceburi bidang keusahawanan pertanian komersil
  • mendedahkan maklumat
    mengenai teknik pengurusan pertanian
    yang berkesan
  • meningkatkan motivasi
    peserta dalam kegiatan pertanian moden

Tujuan

Untuk memupuk minat
bertani di kalangan masyarakat selain untuk menyebarkan maklumat berkaitan
sektor pertanian kepada masyarakat umum di negeri Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article