- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Skim Rondaan Sukarela

Must read

Cuba bayangkan sedang kita semua lena tidur, ada
sekumpulan mereka yang sanggup bersengkang mata pada malamnya bertugas meronda
untuk menjaga keselamatan demi memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak
diingini. Bukahkah ini suatu pengorbanan demi kesejahteraan bersama namanya ?

Mungkin kebanyakan
kita terfikir, apa relevannya Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang sering dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga
(KRT), sedangkan kini terdapat beberapa teknologi canggih di pasaran seperti
sistem alat penggera, sistem litar kamera tertutup malah banyak lagi peralatan bagi melindungi rumah kita daripada
diceroboh.

Namun, mengambil
kata-kata, “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”, kita sebenarnya
tidak seharusnya berasa selesa dengan semua itu malah perlu mengurangkan ruang
dan peluang daripada berlakunya kejadian pecah rumah dan sebagainya di kawasan
kediaman kita. Inilah sebenarnya manifestasi SRS ini iaitu berusaha
meningkatkan pengawasan di kawasan kita.

Menurut Pengerusi KRT
Piasau Jaya Fasa 2, Encik Samion Ghani hal berhubung keselamatan tidak boleh
diambil mudah kerana ia adalah
tanggungjawab bersama.

“Ini adalah kawasan
perumahan kita dan kita mesti memastikan keselamatan adalah yang terbaik di
dalam lingkungan kawasan kita”, jelasnya.

Tambah beliau, tanpa
pengawasan di pihak kita, kita seolah-olah membenarkan golongan yang tidak
bertanggungjawab ini bertapak di kawasan kita.

Pengawasan pihak polis,
jelasnya sudah pasti tidak mencukupi, disebabkan mereka juga mempunyai banyak
lagi tanggungjawab lain.

“Walaubagaimanapun, di sini
kita (melalui SRS) bekerjasama rapat dengan pihak polis menggunakan platform
Rakan Cop,” jelas beliau lagi.

Menceritakan lebih
lanjut mengenai rondaan SRS, Samion menyatakan bahawa inisiatif ini berjaya
mengurangkan gejala sosial antaranya kejadian vandalisme (salah laku) yang suatu ketika banyak berlaku di kawasan
KRT Piasau Jaya Fasa 2.

Jelasnya rondaan akan dilakukan
setiap malam iaitu sebelum tengah malam sehingga berakhir sebelum awal pagi iaitu sekitar 3.30 pagi,
bergantung kepada keadaan.

SRS, menurut Samion
hendaklah dilihat dalam skop lebih luas bukan sekadar rondaan semata-mata malah
sebagai pendekatan mengenali jiran kerana melalui SRS turut mengadakan lawatan
dari rumah ke rumah.

Ini menurutnya
penting bagi memastikan kita boleh bertindak dengan pantas sekiranya berlaku
perkara kecemasan.

Mengambil contoh
kejadian banjir yang pernah berlaku, melalui SRS jelasnya ia berjaya memaklum lebih awal mengenai kejadian itu.

Katanya pencapaian yang membanggakan SRS apabila
aktiviti rondaan ini pernah mendapat perhatian daripada Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang turut memuji
kesungguhan ahli SRS KRT Piasau Jaya
dengan mengadakan perjumpaan dengan ke semua ahli SRS.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article