- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Galak Pembangunan Kerjaya di PBT

Must read

Setiausaha Parlimen, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam menyatakan bahawa kementerian
berkenaan bercadang untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi
menggalakkan pembangunan kerjaya di kalangan anggota perkhidmatan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata demikian ketika menjawab
soalan Datuk Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat
yang inginkan penjelasan tentang perkara berkenaan.

Beliau menambah, proses itu dilakukan
dengan mengambil kira dan mengkaji sebarang implikasi kewangan serta juga
perundangan yang mungkin berlaku jika cadangan pindaan Akta 171 itu diluluskan.

Dr S. Subramaniam turut memaklumkan bahawa
Akta 171 ini hanya terpakai kepada PBT di Semenanjung sahaja manakala Sabah dan
Sarawak menggunakan Undang-undang masing-masing.

Beliau
turut menjelaskan bahawa pada masa kini Kementian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dalam proses
mengemaskini
`Memorandum Cadangan Untuk Menjadikan Anggota PBT di Semenanjung sebagai
Anggota Perkhidmatan Awam', dengan mengambil kira implikasi dari segi
perundangan, prinsip perkhidmatan dan kewangan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article