Ketua Setiausaha Negara (KSN). Tan Sri Mohd Sidek Hassan
menggesa agar setiap dari kalangan anggota perkhidmatan awam negara ini secara
berterusan berusaha melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran serta
pengetahuan.
Ini
menurut beliau akan menjadi faktor yang akan membantu dalam peningkatan kerjaya
seseorang anggota perkhidmatan awam itu.
Menurut beliau lagi, sistem kenaikan
pangkat dalam perkhidmatan awam kini telah berubah dan tidak lagi bergantung
semata-mata kepada kekananan tetapi berasaskan prinsip merit.
Katanya ia termaktub dalam Peraturan 37,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan dan Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 yang merit seseorang pegawai dinilai melalui prestasi
masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Mohd Sidek turut mengingatkan kakitangan
awam supaya tidak membenarkan kewibawaan masing-masing dipertikai oleh
mana-mana pihak hanya kerana tidak memiliki kompetensi yang perlu dalam
melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
Tan Sri Mohd Sidek turut mengingatkan
kakitangan awam supaya tidak membenarkan kewibawaan masing-masing dipertikai
oleh mana-mana pihak hanya kerana tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan yang
perlu dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
Beliau juga menekankan adalah penting
sebagai anggota perkhidmatan awam sentiasa menjaga nama baik dan imej
perkhidmatan daripada segi kelakuan dan percakapan
KSN
berkata demikian dalam ucapan beliau pada Majlis Anugerah Fellow Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan) 2006 dan Penyampaian Diploma Intan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini (19 September 2006)
Anugerah Fellow Intan pada tahun ini
diterima oleh Tan Sri Dr Mazlan Ahmad yang telah berbakti di dalam perkhidmatan
awam lebih 38 tahun.
Kemuncak karier beliau ialah dilantik
sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang kemudian bersara pada tahun 1998.
Selepas persaraannya, Mazlan dipanggil semula untuk menerajui Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran selama enam tahun dari 1999 hingga tahun lepas.