- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keselamatan di Sungai Terus Menjadi Keutamaan

Must read

Perkara berkenaan keselamatan ketika berada atau melalui sungai akan terus dipantau secara berterusan oleh Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) memandangkan ia adalah kaedah pengangkutan terpenting menghubungkan kawasan luar bandar di negeri ini.

Terdapat kira-kira 3 juta penumpang menggunakan perkhidmatan bot ekspres setiap tahun dan ini tidak termasuk perangkaan penggunaannya untuk tujuan perdagangan dan persendirian.

Angka yang besar itu sudah cukup memberikan gambaran akan kepentingan kaedah pengangkutan sungai kepada pembangunan negeri ini dan dengan itu adalah wajar bahawa tahap keselamatan di sungai perlu diberi keutamaan.

Menyentuh tentang keselamatan di sungai, ia bukan sekadar meningkatkan tahap keselamatan di dalam bot dengan menyediakan jaket-jaket keselamatan dan pintu kecemasan, malah perlu melibatkan pemantauan berterusan terhadap keadaan fizikal sungai.

Antaranya ialah kewujudan jeram dan batuan, longgokan tanah dan pasir di laluan sungai, batang kayu serta sampah sarap yang boleh membawa masalah tidak diundang.

Antara altenatif bagi menangani masalah jeram dan batuan ialah dengan mengalihkan batuan yang mengganggu aliran sungai serta mewujudkan laluan pejalan kaki di tebingan sungai bagi penumpang turun dan naik semula bot.

Ada banyak laluan pejalan kaki yang dibina atas inisiatif masyarakat tempatan, antaranya boleh dilihat di Wong Pelagus, Long Selatong, Ulu Skrang, Ulu Entabai dan Sg. Julai.

Menjelang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), LSS pada tahun 2004 telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan pusat mengenai keperluan untuk dilaksanakan projek ‘low flow channel’ di beberapa batang sungai.

Kaedah pelaksanaannya pula bergantung kepada keperluan serta situasi di sungai dan mungkin turut melibatkan kaedah letupan batuan berkenaan.

Tujuannya bagi mengurangkan halangan jeram serta batuan besar di laluan sungai sebagai salah satu cara meningkatkan keselamatan para penggunanya.

Antara sungai yang termasuk dalam senarai keutamaan ialah ialah Batang Baleh, Wong Pelagus dan Long Selatong, Sg. Julau dan Long Ekang.

Peruntukan yang lebih besar juga diperlukan bagi membolehkan lebih banyak sungai lain yang mempunyai masalah yang sama turut dilaksanakan projek berkenaan.

Sarawak mempunyai 55 batang sungai, kira-kira 32 batang sungai adalah berperanan besar untuk kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat.

Usaha meningkatkan tahap keselamatan di sungai akan mampu mengurangkan kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, meningkatkan lagi keselesaan pengguna, menjimatkan masa dan kos operasi serta menggalakkan aktiviti ekonomi yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article