- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Keselamatan di Sungai Terus Menjadi Keutamaan

Must read

Perkara berkenaan
keselamatan ketika berada atau melalui sungai akan terus dipantau secara
berterusan oleh Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) memandangkan ia adalah
kaedah pengangkutan terpenting menghubungkan kawasan luar bandar di negeri ini.

Terdapat kira-kira 3
juta penumpang menggunakan perkhidmatan bot ekspres setiap tahun dan ini tidak
termasuk perangkaan penggunaannya untuk tujuan perdagangan dan persendirian.

Angka yang besar itu
sudah cukup memberikan gambaran akan kepentingan kaedah pengangkutan sungai
kepada pembangunan negeri ini dan dengan itu adalah wajar bahawa tahap
keselamatan di sungai perlu diberi keutamaan.

Menyentuh tentang
keselamatan di sungai, ia bukan sekadar meningkatkan tahap keselamatan di dalam
bot dengan menyediakan jaket-jaket keselamatan dan pintu kecemasan, malah perlu
melibatkan pemantauan berterusan terhadap keadaan fizikal sungai.

Antaranya ialah
kewujudan jeram dan batuan, longgokan tanah dan pasir di laluan sungai, batang
kayu serta sampah sarap yang boleh membawa masalah tidak diundang.

Antara altenatif bagi
menangani masalah jeram dan batuan ialah dengan mengalihkan batuan yang
mengganggu aliran sungai serta mewujudkan laluan pejalan kaki di tebingan
sungai bagi penumpang turun dan naik semula bot.

Ada banyak laluan
pejalan kaki yang dibina atas inisiatif masyarakat tempatan, antaranya boleh
dilihat di Wong Pelagus, Long Selatong, Ulu Skrang, Ulu Entabai dan Sg. Julai.

Menjelang Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK9), LSS pada tahun 2004 telah mengemukakan cadangan
kepada kerajaan pusat mengenai keperluan untuk dilaksanakan projek ‘low flow channel’ di beberapa batang
sungai.

Kaedah pelaksanaannya
pula bergantung kepada keperluan serta situasi di sungai dan mungkin turut
melibatkan kaedah letupan batuan berkenaan.

Tujuannya bagi
mengurangkan halangan jeram serta batuan besar di laluan sungai sebagai salah
satu cara meningkatkan keselamatan para penggunanya.

Antara sungai yang
termasuk dalam senarai keutamaan ialah ialah Batang Baleh, Wong Pelagus dan
Long Selatong, Sg. Julau dan Long Ekang.

Peruntukan yang lebih besar
juga diperlukan bagi membolehkan lebih banyak sungai lain yang mempunyai
masalah yang sama turut dilaksanakan projek berkenaan.

Sarawak mempunyai 55
batang sungai, kira-kira 32 batang sungai adalah berperanan besar untuk
kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat.

Usaha meningkatkan
tahap keselamatan di sungai akan mampu mengurangkan kebarangkalian kejadian
yang tidak diingini daripada berlaku, meningkatkan lagi keselesaan pengguna,
menjimatkan masa dan kos operasi serta menggalakkan aktiviti ekonomi yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article