- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkongsian Pintar

Must read

Dunia perniagaan,
sering dikaitkan dengan persaingan. Kalau berniaga, masing-masing berusaha
mengekalkan pelanggan sendiri daripada terlepas kepada pihak lain.

Tindakan itu sering
dianggap perlu kerana setiap pelanggan yang ada adalah penyumbang kepada rezeki
dalam perniagaan.

Namun, bagi Koperasi
SMK Dato Permaisuri (SMKDP) Miri Bhd., persaingan yang datang daripada para
peniaga kecil di luar sekolah tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk
menjalinkan perkongsian pintar ataupun kerjasama perniagaan.

SMKDP Miri dengan
populasi kira-kira 2,000 orang telah menyediakan peluang perniagaan yang cukup
baik bagi pengusaha dan peniaga kecil makanan di luar pagar sekolah.

Tetapi, tanpa sebarang
premis dan lesen perniagaan yang sah, aktiviti yang diusahakan itu boleh
dianggap sebagai tidak sah.

Melihat kepada
situasi itu, pihak pengurusan Koperasi SMKDP Miri Bhd. telah mengadakan
perbincangan dengan para penjaja makanan di luar sekolah untuk menjalinkan kerjasama.

Demikian menurut
Pengerusi Koperasi SMKDP Miri Bhd., Cik Bibi Sabariah ketika dikunjungi RAKAN Sarawak di sekolah itu baru-baru
ini.

Keputusan itu juga
berikutan daripada keadaan di premis Koperasi SMKDP Miri Bhd. yang terletak di
bahagian belakang Dewan Perdana (dewan sekolah) mempunyai ruang niaga yang
cukup luas dan selesa.

Sehubungan itu,
sistem sewaan tapak telah diperkenal pada tahun 2004. Ia menyediakan ruang
niaga untuk disewakan kepada pengusaha-pengusaha makanan dengan kadar sebanyak
RM2,500.00 sebulan.

Nyata bahawa tawaran
itu telah disambut baik oleh para pengusaha dan peniaga makanan di luar kawasan
sekolah berkenaan.

Kini mereka bukan
sahaja mempunyai premis yang sah, malah mempunyai lebih ramai pelanggan
berbanding sebelumnya.

Sebelum sistem itu
diperkenal iaitu pada tahun 1998, pihak koperasi sekolah telah menetapkan
komisen sebanyak 20 peratus daripada pembekal-pembekal makanan yang menghantar
barangan mereka untuk dijual oleh pihak koperasi.

Tetapi, tindakan
membawa masuk pembekal makanan itu sendiri untuk berniaga di premis koperasi
sekolah dianggap usaha yang lebih wajar dan memihak kepada kedua-dua pihak.

Kejayaan usahasama
itu telah mendorong pihak Koperasi SMKDP Miri Bhd. untuk merancang jenis
perkongsian pintar lain yang bersesuaian dengan koperasi-koperasi sekolah lain
dan koperasi-koperasi dewasa di sekitar kawasan Bandar Raya Miri pada masa
hadapan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article