- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sumber Tenaga Kian Terhad

Must read

Di Malaysia, kita
menjana kira-kira 20 ribu megawat elektrik yang mana gas penyumbang utama iaitu
sebanyak 72
peratus,
arang batu 17
peratus,
hidro tujuh
peratus,
minyak tiga
peratus
dan satu
peratus bagi sumber tenaga lain termasuk tenaga
suria.

Namun, adakah
peratusan ini akan terus kekal untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang?
Keadaan itu pasti membawa kepada masalah baru yang bukan sahaja bakal dihadapi
oleh negara kita, bahkan penduduk di seluruh dunia.

Sumber yang kita
gunakan untuk menjana tenaga elektrik akan kehabisan. Kita juga akan berdepan
dengan sumber yang kian terhad seterusnya menjadi rebutan dan melonjakkan
harganya pada masa akan datang.

Sehubungan itu, persoalannya di sini ialah adakah kita atau generasi
akan datang telah bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu? Apakah peranan
kita masing-masing selain daripada usaha kerajaan melalui pelbagai program dan
polisi yang digunapakai ketika ini?

Mempelbagai
Sumber Tenaga

Langkah mempelbagai sumber tenaga merupakan
tindakan terbaik untuk mengawal kebergantungan kepada satu jenis sumber tenaga.

Pengurangan kebergantungan negara kepada minyak,
terutamanya dengan membangunkan sumber tenaga alternatif seperti gas, biodiesel
dan solar bukan sahaja melambatkan kehabisan stok sumber alam negara, malah
akan menambahbaik usaha pemeliharaan alam sekitar kita.

Malaysia kebelakangan ini menggalakkan
penggunaan gas dalam kenderaan memandangkan negara mempunyai simpanan gas
sebanyak 85 trilion kaki padu. Sehubungan itu, pembinaan stesen gas runcit yang
berjumlah 51 buah pada tahun lalu dijangka bertambah dua kali ganda menjelang
2007.

Biofuel yang berasaskan minyak sawit juga dapat mengurangkan
pergantungan negara kepada petroleum dan berpotensi tinggi untuk eksport. Sehubungan itu, kerajaan bersama sektor
swasta telah mensasarkan kapasiti 180 ribu tan melalui tiga loji yang dirancang
pada tahun ini.

(Sumber:
Bajet 2006)

Kehilangan Tenaga

Kerajaan amat berjimat-cermat dalam
hal pengurusan sumber tenaga. Namun, kehilangan tenaga sukar dielakkan kerana
ia boleh berlaku melalui dua cara iaitu kehilangan teknikal dan bukan teknikal.

Kehilangan teknikal tidak dapat
dielakkan kerana ia akan berlaku semasa aktiviti penjanaan tenaga elektrik yang
dikenali sebagai generation loss dan
aktiviti penghantaran elektrik yang dikenali sebagai transmission loss.

Kajian oleh Suruhanjaya Tenaga
menunjukkan kira-kira 45

peratus
hingga 68 peratus daripada sumber

tenaga dalam bentuk bahan api
seperti minyak, gas asli dan arang batu akan hilang semasa penjanaan elektrik
di dalam penjana generator yang digunakan untuk menukar tenaga kimia atau bahan
api ke tenaga elektrik.

Tenaga elektrik juga akan mengalami
kehilangan tambahan sebanyak 10
peratus hingga 15 peratus
apabila tenaga elektrik dihantar ke stesen-stesen elektrik pengguna.

Transmission
loss
berlaku dalam kabel-kabel talian penghantaran di mana
semakin panjang talian penghantaran maka semakin besar kehilangan tenaga yang
berlaku.

Manakala kehilangan bukan teknikal
pula berlaku disebabkan oleh terdapatnya kegiatan mencuri bekalan elektrik oleh
pengguna-pengguna yang tidak bertanggungjawab.

(Sumber: Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato'
Shaziman bin Abu Mansor pada Persidangan Dewan Rakyat 6 Julai 2005).

Jimat Tenaga Peranan Bersama

Kini masyarakat sedang berhadapan dengan penggunaan tenaga
yang kurang berhemat terutama oleh pengguna sendiri di rumah. Keadaan ini
umumnya dikaitkan dengan pengguna yang berkemampuan.

Sebenarnya, kita sebagai pengguna juga harus lebih mengetahui
cara yang terbaik untuk menjimatkan kadar penggunaan tenaga elektrik di rumah
masing-masing.

Dengan cara itu, negara tidak perlu menghasilkan tenaga
berlebihan sebaliknya hanya untuk memenuhi keperluan sahaja.

Kerajaan
sendiri telah mengumumkan dalam Bajet 2006 bahawa mereka akan menerajui usaha
penjimatan tenaga.

Semua
agensi kerajaan telah diberi sasaran untuk mencapai 10 peratus penjimatan
penggunaan tenaga pada tahun ini.

Amalan
seperti membiarkan alat penghawa dingin berada pada suhu terlalu rendah dan
membiarkan lampu terpasang apabila tiada orang di pejabat akan dielakkan.

Apakah pula peranan kita masing-masing di rumah? Mari kita
ikuti beberapa panduan mudah berikut untuk menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik.

Lampu

  • Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat.
  • Bilik yang mempunyai warna cat yang terang akan memantulkan
    cahaya dan akan membuatkannya kelihatan lebih terang.
  • Letakkan lampu di sudut bilik kerana lampu tersebut akan
    bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
    Mentol kalimantang empat kali lebih cerah daripada mentol
    bulat walaupun menggunakan watt yang
    sama dan mampu tahan sehingga lapan kali lebih lama.
  • Mentol yang mempunyai kuasa efisien adalah lebih mahal,
    tetapi menjimatkan untuk jangka masa panjang.
  • Tutup lampu yang tidak digunakan.
  • Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan
    cahaya yang maksimum.

Kipas

  • Gantikan kipas lama dengan yang baru yang lebih cekap dalam
    menggunakan tenaga.
  • Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk
    melanjutkan tempoh hayat kipas.

Televisyen dan
komputer

  • Kurangkan masa menonton televisyen. Gunakan masa lapang
    dengan melakukan riadah di luar.
  • Komputer menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak bagi
    menghidupkan skrin, CPU, mesin
    pencetak dan pembesar suara. Jika berkemampuan gunakan komputer riba.

Peralatan rumah

  • Peralatan elektrik yang digunakan untuk memasak banyak
    menggunakan tenaga elektrik. Didihkan air dengan menggunakan dapur gas.
  • Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika
    seperti menyeterika pakaian yang banyak pada satu-satu masa.

Peti sejuk

  • Peti sejuk menggunakan 21 peratus bekalan tenaga elektrik di
    rumah. Lebih besar peti sejuk, lebih besar jumlah perbelanjaan untuk bil
    elektrik. Pilih saiz yang sesuai untuk keperluan keluarga.
  • Peti sejuk baru menggunakan tenaga elektrik dengan lebih
    cekap berbanding model lama. Beli model peti sejuk yang terdapat label yang
    menunjukkan kadar kecekapan penggunaan tenaga oleh EPA (Agensi Perlindungan
    Alam Sekitar, Amerika Syarikat).
  • Jarakkan sedikit peti sejuk daripada dinding, iaitu gelung
    kondenser terletak sekurang-kurangnya 4inci/ 10cm dari dinding.
  • Tempatkan peti sejuk jauh daripada dapur dan kawasan panas.
  • Biarkan makanan panas sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke
    dalam peti sejuk.
  • Keluarkan bungkusan yang tidak diperlukan sebelum memasukkan
    ke dalam peti sejuk.
  • Bersihkan ‘condensor
    fins’
    dan bekas-bekas dalam peti sejuk sebulan sekali.
  • Pastikan kawalan termostat bersesuaian dengan keperluan
    penyimpanan.
  • Dapatkan seorang juruteknik untuk memeriksa tekanan gas
    penyejuk nyahfroskan peti sejuk 6 bulan sekali.

Penyaman udara

  • Penyaman udara menggunakan 25 hingga 35 peratus daripada
    tenaga elektrik. Pilih penyaman udara dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz
    bilik.
  • Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga
    tertinggi.
  • Elakkan daripada meletak pemampat penyaman udara di tempat
    yang terdedah dengan cahaya matahari.
  • Penapis harus diperiksa dan dibersihkan sebulan sekali.
    Talian kipas dan keseluruhan penyaman udara harus diperiksa bagi memperbaiki
    sebarang kerosakan atau untuk tujuan penyelenggaraan.
  • Kurangkan penggunaan penyaman udara, dengan menanam pokok
    yang memberikan teduhan cahaya matahari. Buka tingkap untuk membolehkan
    pengaliran aliran udara.

(Sumber: www.penerangan.gov.my)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article