CUEPACS akan mengemukakan cadangan kerada kerajaaan untuk meminta kenaikan sehingga 40 peratus gaji bagi
kakitangan Gred 1 hingga 16 yang dianggap amat wajar dengan kos sara hidup yang
tinggi terutama di bandar-bandar besar.
Kumpulan Gred 1 hingga 16
kebanyakannya lulusan darjah enam, tingkatan Dua atau Sijil Rendah
Pelajaran (SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta bertugas sebagai
pembantu am rendah, atendan kesihatan, tukang masak, pemandu dan
atendan haiwan.
Cuepacs turut mencadangkan kenaikan 30 peratus untuk kakitangan Gred 17
hingga 40 (lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas),
kenaikan 20 peratus untuk Gred 41 hingga 54 (lulusan ijazah sarjana
muda) dan 10 peratus (Jawatan Utama Sektor Awam/Jusa).