- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Laman Web Terbaik 2006

Must read

Laman web Unit Pengurusan Sumber Manusia muncul Johan Pertandingan Laman Web Terbaik Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2006 dengan mengatasi 53 buah kementerian, jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan yang telah dirangkaikan dengan SarawakNet.

Sementara Naib Johan disandang oleh Lembaga Kemajuan Bintulu sementara Syarikat SESCo Berhad di tempat ketiga.

Pejabat Daerah Kecil Pusa, Pejabat Daerah Mukah, Jabatan Tanah dan Survei serta Dewan Bandaraya Kuching Utara pula masing-masing mendapat hadiah saguhati.

Sementara itu, Johan Anugerah Pentadbir Laman Web telah dimenangi oleh En. Kamaruddin Mohammad dari Unit Pengurusan Sumber Manusia.

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi masing-masing oleh Pn. Maria Hj. Mersal dari Lembaga Kemajuan Bintulu dan Pn. Audrey Wee dari Syarikat SESCo Berhad.

Seperti pertandingan yang lalu, para pemenang juga telah melalui tiga peringkat penilaian iaitu di peringkat Jawatankuasa Penilai ICT, peringkat Panel Penilai ICT dan akhirnya melalui Ahli Panel Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak serta Pengerusi State Information Technology and Resources Council (SITRC) di Kuching baru-baru ini.

Kriteria penilaian yang diteliti ialah tahap kandungan maklumat asas (seperti yang digariskan dalam garis panduan laman web agensi-agensi kerajaan negeri), tahap kandungan maklumat tambahan, kepekaan kepada kehendak pelanggan, tahap penggunaan hiperangkai dan aplikasi interaktif, mudah difahami dan konsep yang jelas, tahap kreativiti dan daya tarikan, mudah guna dan fleksibel, tahap keaslian, penggunaan teks versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tiada pelanggaran undang-undang dan pematuhan kepada piawai.

Pertandingan laman web yang bertemakan ‘Get IT’ itu merupakan anjuran Unit ICT, Jabatan Ketua Menteri.

Tujuannya untuk mewujudkan satu pertandingan yang sihat di kalangan agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam membangunkan laman web yang berinformatif, terkini dan menarik selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Kerajaan Elektronik secara menyeluruh menjelang 2008.

Selain itu ia juga diadakan bagi mengiktiraf usaha agensi-agensi Kerajaan Negeri serta meningkatkan kualiti penyebaran maklumat dan perkhidmatan dalam talian kepada orang awam dan komuniti perniagaan di samping mempromosikan perkhidmatan dan peluang yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan.

Alamat Laman Web Agensi

  1. Unit Pengurusan Sumber Manusia – http://www.hrm.sarawak.gov.my
  2. Lembaga Kemajuan Bintulu – http://www.bda.gov.my
  3. Syarikat Sesco Berhad – http://www.sesco.com.my
  4. Pejabat Daerah Kecil Pusa – http://www.pusado.sarawak.gov.my
  5. Pejabat Daerah Mukah – http://www.mukahdo.sarawak.gov.my
  6. Jabatan Tanah Dan Survei – http://www.landsurvey.sarawak.gov.my
  7. Dewan Bandaraya Kuching Utara – http://www.dbku.gov.my


Unit Pengurusan Sumber Manusia rangkul Johan Pertandingan

Tempat Kedua dimenangi Lembaga Kemajuan Bintulu

Pejabat Daerah Kecil Pusa

Dewan Bandaraya Kuching Utara

En. Kamarudin Mohamad dari Unit Pengurusan Sumber Manusia

Pn. Maria Hj. Mersal dari Lembaga Kemajuan Bintulu


Pn. Audrey Wee dari Syarikat SESCo Berhad.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article