- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Platform “Pakar ICT” Serlahkan Bakat

Must read

FIRA 2 (“File Injection and Retrieval Application Version
2”),
hasil ciptaan Lai Chiong Ching, pelajar dari Universiti
Teknologi Curtin, Miri telah membawa tuah kepada pelajar berkenaan apabila
berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan Open Source 2006 yang diadakan baru-baru ini.

Perisian yang
dibangunkan Lai Chiong dalam tempoh 3 bulan itu adalah aplikasi fail stenografi
ditulis dalam bentuk java yang berupaya menyembunyikan mesej teks di atas imej
bitmap.

Steganografi adalah
gabungan antara seni dan sains menulis mesej tersembunyi yang mungkin tidak
diketahui penerima mesej berkenaan. Ia berlainan dengan kriptografi yang
mempamerkan mesej jelas tetapi masih terlindung kandungan utamanya

Tempat kedua turut
dimenangi oleh tiga (3) orang pelajar dari universiti yang sama iaitu David
Wong, Chan Chen Shyang dan John Lau. Kumpulan ini telah membangunkan perisian “Reprogrammable Intelligent Battery Charger
1.0(RIBAC 1.0).

RIBAC 1.0 adalah sistem yang
mampu mengawal pengecajan bateri, iaitu ia berupaya menghentikan caj sekiranya
melebih tahap yang diperlukan secara automatik. Kelebihan sistem tersebut ia
berjaya memanjangkan tempoh jangka hayat bateri.

Manakala
Aravinth K. Manogarn dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan ciptaan
“Peta Interaktif Bandar Raya Kuching” berjaya mendapat tempat ketiga. Ciptaan
tersebut banyak membantu pengguna dalam usaha mengenalpasti lokasi kawasan
pelancongan di atas peta digital yang boleh disesuaikan mengikut maklumat yang
dikehendaki.

Hadiah
untuk tempat pertama ialah wang tunai RM6,000 manakala tempat kedua dan ketiga
masing-masing dengan RM3,000 dan RM1,000.

Majlis
penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk
Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada satu majlis yang ringkas di Wisma
Bapa Malaysia pada 22 September 2006 yang lepas.

Pertandingan
pembangunan perisian berasaskan sumber terbuka pada tahun ini adalah kali kedua
diadakan sejak tahun 2004. Pertandingan tersebut yang dianjurkan Sarawak Information Sistem Sdn Bhd (SAINS) dengan
kerjasama Unit ICT, Jabatan Ketua
Menteri bertujuan untuk mencungkil kreativiti para peserta yang mahir dalam
bidang ICT berasaskan teknologi
sumber terbuka.

Kesan positifnya, ia menyediakan platform kepada
pelajar menunjukkan kebolehan mereka membangunkan perisian
berasaskan sumber
terbuka yang sedia ada, di samping
mengetengahkan bakat pencipta muda dalam bidang teknologi berkenaan.

Pemenang tempat pertama –
Lai Chiong
dari Universiti
Teknologi Curtin, Miri

Pemenang tempat kedua –
David
Wong, Chan Chen Shyang dan John Lau
dari Universiti
Teknologi Curtin, Miri




Pemenang tempat ketiga – Aravinth K. Manogarn
dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article