- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

KMK SINERGI Mempercepatkan Taksiran

Must read

Projek ‘Penambahbaikan Proses Taksiran Di
Cawangan Kastam, Pelabuhan Sibu’ telah memenangi tempat ketiga Kategori
Pengurusan di Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Sarawak 2004 yang
diadakan di Kuching pada 20 Julai 2004.

Projek KMK SINERGI Kastam Sibu yang
pertama ini banyak membantu pegawai penaksir dalam tugas penilaian dan
penjenisan barang-barang import melalui Pelabuhan Sibu dan seterusnya membantu
Kastam Sibu mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000 dalam ‘Pelepasan Barangan
Import Dari Kawalan Kastam’ pada 27 Januari 2005.

Cawangan Kastam (Import/Eksport),
Pelabuhan Sibu menerima banyak kuiri penjenisan dari Unit Skrutini, Kuching dan
Cawangan Perkhidmatan Teknik, Sibu di samping tidak mempunyai sistem rekod
pengimportan yang berkesan untuk memenuhi keperluan taksiran di bawah Sistem
Penilaian WTO. Masalah ini perlu dibendung sebelum ia menjadi lebih rumit lagi.

Punca-punca utama
masalah yang dikesan adalah seperti kegagalan mengesan kesilapan pengimport;
tiada fatwa penjenisan yang lengkap; tiada sistem rekod data pengimportan; dan
borang tidak berkualiti.

Pencarian data
pengimportan yang lalu dengan menggunakan komputer telah dapat mempercepatkan
masa proses taksiran sebanyak 45% (daripada 20 minit kepada 11 minit)
berbanding dengan cara manual sebelum ini.

Peningkatan
hasil kerja Cawangan Kastam (Import/Eksport), Pelabuhan Sibu begitu ketara
sekali apabila ianya mudah membuat rujukan kepada data pengimportan dan
penjenisan dan juga output borang K.1
yang diproses jauh lebih tinggi untuk tempoh masa yang sama (daripada 3 borang
/ jam kepada 5.45 borang / jam).

Seterusnya,
bilangan kuiri diterima menurun (daripada purata 31.57 kes sebulan kepada
purata 6 kes sebulan).

Kes kurang
pungut cukai kastam dan amaun terlibat menurun daripada purata bulanan 31.57
kes / RM3,476.79 kepada 6 kes / RM800.47.

Walaupun bermula
dengan kadar perlahan, tetapi sokongan daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan
jabatan telah membantu Kumpulan SINERGI muncul dengan projek yang memanfaatkan
banyak pihak sama ada pelanggan luaran atau dalaman.

Kumpulan telah
berjaya mengatasi ranjau di peringkat awal penubuhannya seperti kurang
bekerjasama, kurang berpengetahuan dalam teknik-teknik yang digunakan dalam
KMK, semangat rendah diri melalui sesi percambahan fikiran, latihan pengucapan
awam dan kursus KMK di INTAN, Sarawak, dan juga perbincangan dengan pegawai
yang mempunyai pengalaman dalam KMK di jabatan.

Pungutan hasil
untuk Cawangan Kastam Pelabuhan Sibu telah meningkat dengan tahap konsisten
dari tahun ke tahun iaitu RM16.5 juta dalam tahun 2002, RM17.03 juta dalam
tahun 2003, dan RM21.8 juta dalam tahun 2004.

Hasil pungutan
ini telah dapat dicapai dengan usaha padu jabatan melalui pelbagai kaedah dan
pendekatan termasuklah memantau Harga Ikrar Kastam menerusi Pangkalan Data
Utama Teknik iaitu penyelesaian utama kepada projek Kumpulan KMK SINERGI ini.

Kepuasan
pelanggan melalui borang soal-selidik berkenaan perkhidmatan kaunter Kastam di
Cawangan Kastam, Pelabuhan Sibu telah melonjak semenjak projek ini beroperasi
pada bulan November 2002 dan rata-rata berpuas hati dengan keberkesanannya
untuk membantu kecekapan pegawai yang bertugas dalam fasilitasi perkastaman.

Kumpulan KMK
SINERGI yang di tubuhkan pada 1 Julai 2002 atas arahan Ketua Pentadbir Kastam,
Sibu telah muncul dengan satu projek yang baik.

Projek yang
dimaksudkan dapat membantu menyelesai masalah di tempat kerja di samping
memenangi hadiah di Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri.

Kejayaan yang
dikecapi untuk menjadi kumpulan KMK terbaik Kastam Sarawak tahun 2004 dan
seterusnya mewakili Kastam Sarawak ke Konvensyen KMK Kastam Peringkat Nasional
dan cadangan penyelesaian diterima sepenuhnya oleh pihak pengurusan jabatan
sudah cukup bermakna untuk menyuntik semangat untuk terus berKMK dengan lebih
giat lagi.

Kumpulan SINERGI
juga merasa sangat berbangga kerana cadangan penyelesaian membangun Pangkalan
Data Utama Teknik adalah hasil usaha pegawai/ahli kumpulan tanpa bantuan dari
pihak luar.

Adalah menjadi
harapan Kumpulan SINERGI supaya lebih ramai lagi penjawat awam terlibat dalam
KMK kerana kepuasannya akan datang pada diri apabila usaha untuk meningkat mutu
kerja di tempat kerja mendapat pengiktirafan oleh pihak pengurusan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article