- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Terusan Balingian

Must read

‘Terusan Balingian’

“Ini sungai apa pakcik?”, tanya penulis kepada Penghulu Shahdan.

“Ini bukan sungai tapi parit.”

“Parit? Tapi nampak macam terusan.”

Penulis bagaikan tidak percaya dengan jawapan Penghulu Shahdan. Akan tetapi itulah kenyataannya apabila parit buatan manusia boleh membesar menjadi saiz terusan.

Ia benar-benar wujud di Kampung Lintang dalam Daerah Kecil Balingian, Mukah.

Menurut Penghulu Shahdan bin Shaari, parit di Kampung Lintang itu pada asalnya merupakan sebuah laluan perahu yang mula dibina oleh penduduk kampung sekitar tahun 1930-an. Pada ketika itu hanya sebuah perahu sahaja dapat melalui parit berkenaan.

Tujuannya adalah bagi memendekkan jarak perjalanan menggunakan perahu untuk mengelilingi sebuah tanjung di Batang Balingian yang melalui kampung tersebut.

Pembinaannya pada ketika itu hanya menggunakan tenaga manusia iaitu beralatkan cangkul dan tangan.

Kejadian alam semulajadi seperti hujan lebat dan sungai bah turut membantu mengikis tebingan parit sehingga lama-kelamaan ia semakin membesar dan mendalam seterusnya membolehkan perahu berenjin bot melaluinya pada tahun 1960-an.

Bermula ketika itu juga, parit berkenaan telah menjadi laluan utama penduduk kampung oleh kerana ia mampu menjimatkan masa dan jarak perjalanan menggunakan perahu.

Menurut En. Daini Dairi, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Balingian, parit yang sepanjang kira-kira 120 meter itu mampu mengurangkan masa perjalanan kepada dua minit sahaja jika menggunakan enjin bot 20 kuasa kuda berbanding tujuh minit jika mengelilingi tanjung.

Kelebarannya pula dianggarkan kira-kira 20 hingga 40 kaki.

Hari demi hari tebingan parit itu akan terus melebar kerana dihempas oleh alunan ombak kecil yang dihasilkan oleh perahu para penduduk kampung.

Sungguhpun berubah saiz seakan sebuah terusan, nama Parit Kampung Lintang lebih sinonim dan akan terus kekal sebagai identiti bagi kampung berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article