- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Terusan Balingian

Must read


‘Terusan
Balingian’


“Ini sungai apa
pakcik?”, tanya penulis kepada Penghulu Shahdan.

“Ini bukan sungai
tapi parit.”

“Parit? Tapi nampak
macam terusan.”

Penulis bagaikan tidak percaya dengan jawapan Penghulu
Shahdan. Akan tetapi itulah kenyataannya apabila parit buatan manusia boleh
membesar menjadi saiz terusan.

Ia benar-benar wujud
di Kampung Lintang dalam Daerah Kecil Balingian, Mukah.

Menurut Penghulu Shahdan bin
Shaari, parit di Kampung Lintang itu pada asalnya merupakan sebuah laluan
perahu yang mula dibina oleh penduduk kampung sekitar tahun 1930-an. Pada
ketika itu hanya sebuah perahu sahaja dapat melalui parit berkenaan.

Tujuannya adalah bagi
memendekkan jarak perjalanan menggunakan perahu untuk mengelilingi sebuah
tanjung di Batang Balingian yang melalui kampung tersebut.

Pembinaannya pada
ketika itu hanya menggunakan tenaga manusia iaitu beralatkan cangkul dan
tangan.

Kejadian alam semulajadi
seperti hujan lebat dan sungai bah turut membantu mengikis tebingan parit
sehingga lama-kelamaan ia semakin membesar dan mendalam seterusnya membolehkan
perahu berenjin bot melaluinya pada tahun 1960-an.

Bermula ketika itu
juga, parit berkenaan telah menjadi laluan utama penduduk kampung oleh kerana
ia mampu menjimatkan masa dan jarak perjalanan menggunakan perahu.

Menurut En. Daini
Dairi, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Balingian, parit yang sepanjang
kira-kira 120 meter itu mampu mengurangkan masa perjalanan kepada dua minit
sahaja jika menggunakan enjin bot 20 kuasa kuda berbanding tujuh minit jika
mengelilingi tanjung.

Kelebarannya pula
dianggarkan kira-kira 20 hingga 40 kaki.

Hari demi hari
tebingan parit itu akan terus melebar kerana dihempas oleh alunan ombak kecil
yang dihasilkan oleh perahu para penduduk kampung.

Sungguhpun berubah
saiz seakan sebuah terusan, nama Parit Kampung Lintang lebih sinonim dan akan
terus kekal sebagai identiti bagi kampung berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article