- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

e-pemasaran

Must read

Kepesatan
teknologi maklumat harus dijadikan sebahagian mekanisme penting dalam usaha
menembusi pasaran ke peringkat global.

Melalui
penggunaan teknologi tersebut atau lebih dikenali sebagai e-pemasaran turut
secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan hasil jualan termasuk hasil
pertanian selaras dengan usaha menjadikan sektor pertanian sebagai “suatu
perniagaan” yang menguntungkan.

Untuk
itu, 28 buah pertubuhan peladang di negeri ini akan dilengkapkan dengan
kemudahan internet khas untuk kegunaan ahlinya mulai tahun ini.

Harapan
kerajaan supaya pelaksanaan usaha sedemikian dapat meletakkan pertanian pada
kedudukan teratas mencapai objektif menjadi penjana ekonomi ketiga penting bagi
negara.

Sokongan
e-pemasaran, diharap dapat membantu golongan petani memaksimumkan hasil yang
dicapai serta meningkatkan pengeluaran produk pertanian.

Demikian
menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam
sewaktu merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2006 di Dewan Suarah
Sri Aman Ogos lepas.

Beliau
yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud turut menegaskan sudah tiba masanya pengusaha produk tani di negeri
ini mencontohi rakan pengusaha produk asas tani di Semenanjung Malaysia
terutama dalam penggunaan kaedah e-pemasaran

Penggunaan
e-pemasaran sudah terbukti berkesan dalam usaha meluaskan pasaran seperti yang
terbukti oleh keberkesanan portal agribazaar yang direka khas. untuk golongan
warga tani melakukan urusan niaga secara dalam talian (on-line)

Pengusaha
tempatan tidak boleh lagi berasa selesa dengan pasaran yang sedia ada tetapi
perlu berani berubah dengan menerokai pasaran yang lebih luas.

Pendedahan
tersebut penting bagi memastikan petani perlu sentiasa peka dengan perubahan
yang berlaku di sekeliling mereka. Hanya petani yang bersedia serta berani
merebut peluang akan berjaya dalam sektor pertanian ini.

Dalam
masa yang sama, golongan petani harus memberi penekanan kepada urusan
perancangan dan pengurusan rekod yang baik bagi memastikan pasaran pertanian
dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

Sektor
pertanian adalah antara sektor yang masih tetap penting kepada pertumbuhan
ekonomi negara.

Berdasarkan
perkembangan dua (2) tahun lepas, sektor ini menyumbang 8.2 peratus kepada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan ini telah menjurus kepada kerajaan
meningkatkan dan memperkenalkan beberapa strategi baru untuk perkembangan
sektor ini di dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK 9).

Melengkapkan
lagi usaha tersebut, kerajaan telah mensasarkan untuk membangunkan 150 orang
usahawan tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Bagi meningkatkan lebih banyak akses pemasaran, Kementerian
Permodenan Pertanian juga akan mewujudkan lebih banyak pasar borong, memperbanyak
pusat pengumpulan, peladangan kontrak, tempat jualan tepi jalan yang tetap dan
Pasar Peladang.

Pemasaran yang
berkesan tidak kira konvensional mahupun secara elektronik perlu ditingkatkan
bagi mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap import makanan yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM12 bilion
setahun.

Sarawak pula
mengimport hasil pertanian kira-kira RM1 bilion setahun.

Pengeluaran hasil
pertanian Sarawak pada ketika ini hanya mampu memenuhi 40 peratus (pengeluaran
beras) dan 6 peratus bagi daging.

Sudah tiba masanya
petani dan penternak kita meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dan dalam
masa yang sama berusaha meningkatkan capaian pemasaran hasil pertanian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article