- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Konsep Zon Pengeluaran

Must read



En.
Kadir Jabar, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Mukah


Seluruh
tenaga kerja Jabatan Pertanian di Bahagian Mukah kini bersedia untuk
melaksanakan konsep zon pengeluaran pertanian seperti yang dikehendaki oleh
kerajaan untuk pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Konsep
itu amat perlu bagi memajukan sektor pertanian agar ia menjadi satu sektor yang
progresif, kompetitif dan dapat menampung keperluan makanan penduduk negara
tanpa perlu banyak bergantung kepada produk makanan import.

Ketika ini, pertanian merupakan aktiviti ekonomi
utama penduduk di Bahagian Mukah memandangkan kira-kira 67 peratus daripada
tenaga kerja di bahagian berkenaan terlibat dalam sektor pertanian.

Menurut
En. Kairulnieza Waynie, Penolong Pegawai Perikanan Bahagian Mukah, pelaksanaan
sistem zon bagi keluaran pertanian seperti akuakultur, tanaman, ternakan dan
integrasi ladang akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pengusaha,
malah memudahkan fokus jabatan dari segi penyampaian dan pelaksanaan dalam
memberi bantuan serta perkhidmatan di sesebuah kawasan.

Katanya,
sistem itu juga akan mewujudkan kakitangan jabatan yang pakar dalam bidang
masing-masing kerana penempatan pegawai dan kakitangan pelbagai agensi
pertanian adalah berasaskan kepada pengezonan kawasan pengeluaran ataupun
produk yang dihasilkan.

Kerajaan negeri turut meletakkan Bahagian Mukah sebagai sasaran pembangunan
projek akuakultur di dalam RMK9. Antara produk akuakultur yang akan akan
diusahakan ialah ikan siakap, udang galah dan ketam di kawasan tepi laut dan
bakau di Tanjung Manis. Seluas kira-kira 500 hektar kawasan untuk pembangunan
zon industri akuakultur telah dikenalpasti di situ untuk pelaksanaan pelbagai
projek akuakultur.

Untuk tahun ini sahaja, sejumlah RM150 ribu telah diperuntukkan bagi Bahagian
Mukah membangunkan projek akuakultur sementara RM50 ribu lagi bagi skim bantuan
makanannya.

Sementara itu, En. Kadir Jabar,
Penolong Pegawai Pertanian Daerah Mukah pula beranggapan bahawa sistem zon itu
akan memudahkan penggunaan tanah mengikut kesesuaiannya. Bagi Daerah Mukah,
sesebuah zon mempunyai kawasan seluas kira-kira 50 hektar.

Misalnya,
sebahagian besar dari Bahagian Mukah mempunyai tanah yang diklasifikasikan
sebagai organik atau ‘histosols’
dalam istilah taksonomi tanah. Ia amat sesuai untuk tanaman sagu, kelapa sawit
dan nenas. Keadaan fizikal tanahnya yang kurang berbukit juga memudahkan usaha
berskala besar.

Katanya, Jabatan Pertanian turut mengambilkira faktor kemudahan jalan yang
dikatakan amat penting bagi memudahkan limpahan hasil pertanian keluar. Antara
yang sedang dalam perancangan ialah projek p
enanaman tembikai di
sepanjang Jalan Mateding sehingga ke Kingwood Hotel.

Jika dilaksanakan
kelak, para pengusaha akan lebih mudah menghantar hasil mereka untuk dijual.

Di samping itu katanya, konsep
pengezonan itu juga akan memudahkan kemunculan aktiviti industri hiliran
seperti pengawetan atau penghasilan produk sampingan daripada keluaran
pertanian.

Sebenarnya melalui konsep pengezonan itu pihak industri akan berasa lebih
yakin dengan bekalan bahan mentah secara berterusan bagi industri mereka.

Ketika ini, beberapa kawasan di Bahagian Mukah telah dikenalpasti untuk
pelaksanaan konsep zon. T
anaman padi sesuai di kawasan Bruit,
Daro dan Matu, k
elapa pandan di
kawasan Sg. Liuk, limau manis di Lubuk Bemban, nanas di Dalat, kelapa sawit di
seluruh bahagian, sagu di Mukah dan
Dalat, dan akuakultur di Tanjung Manis, Batang Lassa dan Batang Balingian.

Berdasarkan Pelan Strategik Pembangunan Bahagian Mukah (2006-2010), pada
penghujung RMK9 Bahagian Mukah dirancang akan mempunyai tanaman kelapa sawit
seluas 243,053.57 hektar (79.2 peratus),
sagu seluas 53,538 hektar (17.45 peratus), padi seluas 9,158 hektar
(2.98 peratus), akuakultur seluas 99.15 hektar (0.04 peratus) dan nanas seluas
1,000 hektar (0.33 peratus).

Jika
tercapai bermakna kira-kira 45 peratus daripada keluasan Bahagian Mukah telah
diperuntukan untuk
pertanian dan perladangan yang menjana serta menyumbang kepada pembangunan
ekonomi penduduknya.

Fakta Insentif Bantuan RMK9

  • Projek
    pembangunan industri buah-buahan untuk membangunkan dusun yang ada kepada dusun
    komersil berjumlah RM6,000 sehektar
  • Projek
    pembangunan kelapa untuk pemulihan semula kawasan kelapa berjumlah RM2,500 satu
    hektar
  • Projek
    pembangunan industri sayur-sayuran dan tanaman ladang berjumlah RM6,000
    sehektar
  • Ladang
    organik bagi tanaman sayur organik ialah RM8,000 sehektar
  • Projek
    pembangunan taman kekal pengeluaran makanan berjumlah RM20,000 sehektar
  • Pembangunan
    industri komoditi berpotensi seperti rempah ratus, herba dan sebagainya diberi
    RM5,000 sehektar
  • Industri
    bunga-bungaan berjumlah RM40,000

(Sumber:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article