- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

MARA Sasar 18 Ribu Usahawan Baru

Must read

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin dipetik BERNAMA pada majlis pelancaran Program
Pembangunan Usahawan Peruncitan Mikromart MARA sebagai berkata di bawah Program
Peruncitan Bumiputera, MARA akan mengusahakan pelbagai pendekatan untuk
mencapai matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mensasar untuk
mewujudkan lebih 30,000 usahawan baru dalam industri peruncitan dalam usaha
melahirkan 150,000 usahawan Bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9).

Menurut beliau lagi, ini yang dilaksanakan
dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah salah satu pendekatan bagi
menjayakan usaha tersebut. Program ini yang dianggap sebagai inkubator sehingga
peniaga mampu berdikari, akan ditumpukan kepada 10 bandar raya dan 32 majlis
perbandaran sebelum diperluaskan ke 116 majlis daerah.

Kiosk akan dibina untuk disewa oleh
usahawan terpilih setelah menjalani kursus asas keusahawan selama 10 hari dan
pihak MARA akan melantik perunding yang akan memantau perkembangan perniagaan
peserta untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun.

Beliau menambah, Selangor merupakan negeri
pertama yang menyokong program ini manakala negeri lain yang turut mendapat
kelulusan peruntukan adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka,
Pahang dan Sabah.

Melalui program ini, MARA mensasarkan
untuk mewujudkan kira-kira 2,160 usahawan mikro lagi di 72 PBT sebelum
penghujung tahun 2007. Untuk itu pihak
MARA telah memperuntukkan kira-kira RM10.8 juta bagi merealisasikannya.

Program ini akan terus dilaksanakan
sehingga 2010 dan MARA mensasarkan untuk melahirkan 18,000 usahawan melaluinya
dengan anggaran belanjawan program sebanyak RM180 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article