- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

SMK Mukah Cemerlang 2010

Must read


Taman
Herba
                                          
Bangunan pentadbiran SMK Mukah

Baru,moden dan selesa…mungkin itu sesuai dikatakan
tentang

keadaan fizikal SMK Mukah yang menjadi tempat menimba ilmu bagi
kira-kira 1,200

orang
pelajarnya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan apabila sekolah ini
menjadi

destinasi pelbagai pihak, khususnya Jabatan Pelajaran Bahagian untuk

menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat.

SMK

Mukah yang terletak di Jalan Service Centre, kira-kira lima minit
perjalanan

dari Pusat Bandar Mukah, dibina di kawasan seluas kira-kira 16.29
hektar dengan kos kira-kira RM30.40 juta. Ia mula digunakan pada tahun 2002 dan siap pada
Mac

2003.

Walaupun

baru, sasaran tinggi pihak pengurusan sekolah bagi memastikan sekolah
ini mampu

mencapai kecemerlangan pada tahun 2010 meletakkannya pada kedudukan
lebih

matang berbanding usianya.

Empat tahun telah berlalu dan tinggal empat tahun sahaja

lagi untuk seluruh warga sekolah mencapai visinya, ‘SMK Mukah Cemerlang
2010’.

Menurut Pengetuanya, Pn.

Hajah Zakiah Bt. Abdul Hamid, SMK Mukah amat bertuah kerana mempunyai
kemudahan

prasarana yang lengkap dan moden.

Ia menjadikan proses

pembelajaran dan pengajaran di sekolah dilaksanakan dalam keadaan yang
selesa

dan mungkin lebih baik berbanding sekolah di bandar-bandar
besar.

Justeru, tumpuan utama

ketika ini ialah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang untuk
menyumbang

kepada pembangunan negeri, khususnya di Bahagian Mukah.

Pn.

Hajah Zakiah yang bertukar ke sekolah itu selama lebih setahun yang
lalu

menyedari tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakannya.

Sehubungan itu, antara perkara terawal yang ditetapkannya

ialah memperkenal visi dan misi sekolah.

Menurutnya, seluruh warga SMK Mukah

mempunyai misi untuk memastikan kurikulum dan kokurikulum sentiasa
cemerlang,

sahsiah dan disiplin pelajar terpuji dalam persekitaran kondusif
berteraskan

pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

Bagi menjadikan visi serta misi itu

menjadi realiti, matlamat sekolah turut dijadikan sebagai garis
panduan

sepanjang masa.

Matlamat

SMK Mukah adalah untuk :

  • Memberi

    pendidikan yang berkualiti kepada semua
    pelajar

  • Melahirkan

    pelajar yang bersemangat tinggi dan mampu menghadapi cabaran
    global

  • Melahirkan

    pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berbudaya dan taat kepada Raja
    dan

    Negara

  • Membentuk

    personaliti dan kualiti kepimpinan
    kental

  • Menyediakan

    kemudahan dan persekitaran yang kondusif dan
    selamat

  • Memupuk

    semangat kekitaan dan toleransi serta kerjasama jitu di kalangan warga
    sekolah

    dan masyarakat

Kurikulum

Menurut Pn. Hajah
Zakiah
, SMK Mukah mempunyai 62
orang tenaga pendidik dan 1,205 orang

pelajar. Seramai 604 orang daripadanya merupakan pelajar asrama.

Sekolah itu mempunyai 34 buah kelas yang melaksanakan
sistem

satu sesi persekolahan yang mana sebuah daripadanya merupakan kelas
pendidikan

khas.

Dari segi kurikulum

(akademik), pencapaian SMK Mukah boleh dikatakan membanggakan
sungguhpun bukan

dikategorikan sebagai sekolah khas mahupun sekolah berasrama penuh.

Saban tahun, pencapaiannya dalam Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menyaingi peratusan
pencapaian

Peringkat Kebangsaan dan Negeri.

Untuk Bahagian Mukah, mereka merupakan antara yang terbaik

daripada segi pencapaian peratusan kelulusan.

Menurut Pn. Hajah Zakiah,

pencapaian itu banyak dibantu oleh proses pembelajaran dan pengajaran
yang

diteliti keberkesanannya sepanjang
masa.

Sehubungan

itu, kesemua empat bidang utama iaitu kemanusiaan, bahasa, teknik dan

vokasional serta sains dan matematik sentiasa diberi penekanan yang
sama dan

mempunyai tenaga penggeraknya (guru matapelajaran) yang
bertanggungjawab

memastikan pencapaian bidang masing-masing.

Bagi

kelas peperiksaan iaitu para pelajar Tingkatan Tiga dan Lima, mereka
dimestikan

menghadiri Kelas Bestari

(Tingkatan 3) dan Kelas Albukhari (Tingkatan
5).

Menjelang musim peperiksaan (bermula Ogos), sekolah akan

mengadakan ‘morning talk’ selama 10

minit sebelum kelas bermula pada setiap pagi bagi pelajar Tingkatan 3
dan

Tingkatan 5.

Selain Solat Hajat dan Misa peperiksaan yang lazim diadakan

oleh kebanyakan sekolah, sekolah ini juga turut mengadakan doa harian
sebelum

kelas bermula.

Hari Semarak Budi pula memberi peluang kepada para pelajar

bersemuka dengan guru untuk memohon restu dan memohon maaf sebelum
peperiksaan

bermula.

Amalan-amalan tersebut sebenarnya banyak mempengaruhi minat

pelajar terhadap kepentingan pelajaran di samping berperanan membentuk
akhlak

yang mulia dan berbudaya.

Tidak ketinggalan ialah Hari
Permuafakatan yang mana para ibu bapa

pelajar dijemput untuk datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan
akademik

anak masing-masing.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa nyata

memberangsangkan kerana kira-kira 90 peratus daripada ibu bapa pelajar

bekerjasama menjayakan hari tersebut.

Kokurikulum

Setinggi manapun

ilmu yang diperoleh tanpa dikukuhkan dengan aktiviti luar (kokurikulum)
yang

sepatutnya tidak akan dapat menghasilkan modal insan yang seimbang
seperti yang

diharapkan.

Justeru, menurut Pn.

Hajah Zakiah, para

pelajar diberi kebebasan untuk menyertai 30 jenis aktiviti terdiri
daripada

unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan.

Seni Silat, Seni Tari dan Seni Muzik merupakan antara

aktiviti yang mungkin jarang terdapat di sekolah lain kerana terdapat
anggapan

bahawa ia kurang memberikan manfaat.

Namun, menurut beliau, aktiviti seperti itu sebenarnya

mempunyai kekuatannya tersendiri. Seni Muzik umpamanya, selain
mengelakkan

kebosanan, ia juga membantu menjadikan minda lebih kreatif seterusnya

meningkatkan daya kreativiti serta keyakinan pelajar.

Katanya, persembahan di pentas memberikan mereka keyakinan

untuk berdepan dengan orang ramai dan menanam semangat bekerjasama
dalam

membuat persembahan terbaik.

Walaupun kegiatan kokurikulum diadakan dengan pelbagai

matlamat dan mampu memberi pelbagai kesan positif, Pn. Hajah Zakiah
beranggapan

bahawa kegiatan itu sebenarnya turut menjadi kunci kejayaan pihak
sekolah dalam

menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.

Para pelajar adalah diwajibkan untuk menyertai sebarang

aktiviti kokurikulum yang diminati mereka di sekolah. Dalam Kelab Seni
Muzik

umpamanya, pelajar yang bermasalah akan mempelajari pelbagai bentuk
disiplin

yang harus dipatuhi dalam membuat persembahan berkumpulan dan
sebagainya.

Sesungguhnya, komitmen pihak sekolah dalam usaha

memartabatkan aktiviti kokurikulum di sekolah amat jelas melalui
pencapaiannya

sama ada di peringkat Bahagian mahupun Negeri.

Termasuk dalam senarai kejayaan sekolah ialah menjadi Johan

dalam Pertandingan Catur MSSM dan Antarabangsa Peringkat Bahagian 2006.

Pihak sekolah juga tidak keberatan untuk berbelanja

mendapatkan peralatan kokurikulum sungguhpun menelan kos yang besar
kerana

semuanya adalah untuk pelaburan pembangunan modal insan iaitu para
pelajar

sekolah itu sendiri.

Misalnya, membeli baju silat dan kebudayaan, serta
peralatan

muzik seperti kompang yang diimport dari Semenanjung
Malaysia.

Oleh kerana sekolah ini masih baru, usaha berganda terpaksa

dilaksanakan untuk menjadikan persekitaran sekolah lebih ceria. Walau

bagaimanapun, dalam usaha itu pihak sekolah turut berdepan dengan
masalah

ketidaksuburan tanah yang menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan yang
ditanam

tidak dapat hidup dengan sempurna.

Untuk mengatasi masalah itu, Pn. Hajah Zakiah nekad

mendapatkan tanah tembok yang dibeli dari luar Daerah Mukah untuk
membolehkan

kerja-kerja keceriaan sekolah dilaksanakan.

Sungguhpun menelan kos yang besar, implikasi daripada

keputusan yang sukar itu akhirnya berbaloi. Kini persekitaran sekolah
kelihatan

lebih ceria dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam.

Turut dibina ialah ‘Taman Herba’ yang mempamerkan pelbagai

spesis tumbuhan herba seperti serai dan siantan merah.

Cat yang telah pudar pada bangunan sekolah pula diwarnakan

semula oleh para pelajar sendiri. Penyertaan para pelajar dalam
aktiviti

seperti itu telah membantu menanam perasaan cintakan sekolah dalam
diri

masing-masing seterusnya menggalakkan mereka menghargai suasana
keceriaan dan

kebersihan sekolah.

Semua perancangan, perkembangan terkini serta pencapaian

sekolah dalam kegiatan kokurikulum juga dipaparkan kepada umum di papan
notis

sekolah bagi mewujudkan perasaan kebanggaan dan sebagai panduan di
kalangan

warga sekolah untuk merancang aktiviti masing-masing.

Turut memainkan peranan ialah dokumentasi semua maklumat

berkaitan oleh guru yang bertanggungjawab yang ternyata telah
memudahkan

rujukan semula oleh sesiapa sahaja yang mengambilalih tugas berkenaan

kemudiannya. Di samping itu, dokumentasi yang lengkap itu juga
memudahkan

perancangan dibuat untuk memajukan kegiatan kokurikulum di SMK
Mukah.

Melalui pelbagai usaha berganda dan senarai pencapaian yang

direkodkan dalam diari harian SMK Mukah setakat ini,
Pn. Hajah Zakiah berkeyakinan bahawa visi untuk
menjadi sekolah

cemerlang pada tahun 2010 akan tercapai.

Walau

bagaimanapun, usaha dan strategi
baru

akan disesuaikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan agar
kecemerlangan

kokurikulum serta kurikulum sekolah setanding dengan tahap kemudahan
fizikalnya

yang baru dan
moden.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article