- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Gabungan Idea dan Usaha

Must read

Kejayaan
menghasilkan Belitech Applicator ini
bolehlah dianggap sebahagian hasil kejayaan gandingan dua kepakaran yang
terdiri daripada pakar akademik dan tenaga pekerja di Unit Ladang, UiTM Sarawak.

Sepuluh orang
(10) anggota Kumpulan KMK Belian, 3 daripada mereka adalah golongan akademik
yang kebanyakannya adalah pensyarah pengurusan ladang manakala selebihnya
pekerja di unit ladang.

Inovasi
ini terhasil hasil gabungan idea pensyarah dan pekerja di unit ladang. Siapa
sangka mereka berjaya menghasilkan Belitech
Applicator
.

“Kami memilih projek berkaitan perladangan
disebabkan itulah sebahagian daripada tugas kita”, jelas Encik Abdul Rahim Mohd
Noor, salah seorang ahli Kumpulan Belian yang juga pekerja di Unit Ladang.

“Projek yang
kami usahakan Belitech Applicator
berperanan memudahkan tugas kami disini”, jelasnya

Menurut Abdul
Rahim, berdasarkan pengalaman yang diperolehi ketika bekerja di Unit Ladang
sedikit sebanyak membantunya menerangkan kepada ahli kumpulannya yang lain
bagaimana dapat melaksanakan sesuatu ciptaan itu dengan berkesan.

Jelasnya, dia
menganggap penglibatannya dalam KMK adalah pengalaman baru bagi dirinya
terutama dalam penghasilan beberapa ujikaji dan pembentangan hasil kerja.

Dia menganggap
ini adalah sebahagian daripada usaha penyelidikan yang berkaitan dengan
kerjanya di Unit Ladang.

Pada perspektif
para akademik pula, Zulkifli Aswan, Pengurus Unit Ladang selaku fasilitator
pula berkata gandingan ini amat berjaya disebabkan para akademik memiliki
pengetahuan yang lengkap mengenai sesuatu hasil tanaman manakala para pekerja
memiliki kemahiran serta mengetahui selok-belok secara praktikal.

“Sekiranya
digabung kemahiran ini secara teori dan praktikal, kita akan mempunyai gambaran
yang jelas mengenai apa yang kita laksanakan”,jelas Zulkifli.

Menurut Zulkifli
lagi, kebanyakan ahli kumpulan terutamanya pekerja di unit ladang mempunyai
banyak idea namun mereka kurang mengetahui bagaimana cara untuk mengembangkannya
dan disinilah letaknya peranan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) membantu
mereka.

“Kebanyakan ahli
kumpulan yang terdiri daripada pekerja memiliki banyak idea yang bernas dan
disinilah kita sebagai pakar akademik membantu mengilap dan merealisasikan idea berkenaan”,jelas Zulkifli.

Apa yang
menariknya, tambah beliau KMK memberikan kepuasan kepada semua ahli terutama
apabila sesuatu idea itu diterima pakai oleh kumpulan.

Selain itu, KMK
bertindak sebagai platform bagi mencambah idea dan meluaskan pemikiran di
kalangan ahli.

Secara tidak langsung, menurut beliau KMK ini boleh
dijadikan platform menyatukan staf di samping menepis tanggapan bahawa inovasi
itu hanya boleh dilakukan di peringkat atas, namun golongan pekerja peringkat
rendah juga mampu untuk menyumbang idea.

KMK berupaya memberikan motivasi kepada pekerja
dengan menghargai idea dan penglibatan mereka dalam kumpulan.

Menurut
Abdul Rahman Saili selaku Ketua Kumpulan pada permulaannya memang agak sukar
untuk mengendalikan KMK disebabkan kebanyakan ahli adalah baru dan mempunyai
latar belakang 2 (dua) tugas yang berbeza.

Namun setelah melalui beberapa
perbincangan dalam kumpulan, penganjuran bengkel KMK dan perbincangan dan
akhirnya pemahaman mereka mengenai konsep KMK semakin jelas. Ini mewujudkan
suasana yang memudahkan pelaksanaan tugasan untuk projek yang dirancang.

“Bagi kami, di
kalangan ahli akademik, ini dilihat sebagai sebahagian daripada penyelidikan
dan pihak pengurusan sentiasa mengalakkan ahli terlibat secara langsung dalam
bidang reka-cipta dan penyelidikan.”

Masalah
masa juga antara cabaran besar dalam kumpulan ini yang disebabkan kebanyakan
para akademik mempunyai jadual pengajaran yang ketat manakala pekerja yang
terpaksa mengurus tugasan mereka di ladang.

Walaupun berdepan dengan kekangan masa, masing-masing cuba mencari ruang
yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan. Salah satu cara mengatasinya ialah
dengan menganjurkan bengkel agar mereka dapat berkumpul bersama dan berbincang.

KMK turut menuntut kepada pengorbanan yang besar iaitu bertugas di luar
waktu pejabat tetapi kebanyakan ahli memberikan kerjasama dan mempamerkan
semangat yang kuat dalam setiap perbincangan.

Masing-masing bersetuju bahawa usaha penambahbaikan boleh dilakukan di
mana-mana, dengan syarat mesti ada kesungguhan ke arah melaksanakannya.

Belitech Applicator adalah sejenis alat yang memudahkan proses
meletakkan pil penggalak (hormon) ke tanaman nanas berkenaan.

Penghasilannya
amat mudah yang terdiri daripada tiga (3) komponen utama iaitu satu injap
(sebagai bekas), penolak injap berkenaan dan corong pil (tempat meletakkan
tablet pil).

Hasil
inovasi Belitech Applicator berjaya
mendapat tempat ke tiga (kategori Teknikal) dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat
Mutu Kerja, Sektor Awam 2006 Peringkat Negeri Sarawak.

Apa kata ahli Kumpulan Belian Tentang
kejayaan mereka dalam projek KMK

Zulkifli
Aswan – Fasilitator

“Suatu
pendedahan idea peringkat bawahan dihargai”

Abdul
Rahman Saili–Ketua Kumpulan
“Kadangkala
inilah masanya melalui KMK, kita menterjemahkan apa yang dipelajari menjadi
satu inovasi atau ciptaan yang menguntungkan kita dalam pengurusan tanaman atau
ladang”

Abdul
Karim Othman –Ahli
“Inovasi
ini dan bidang tugas di Unit Ladang adalah saling berkaitan. Pada masa inilah
saya sebagai pekerja menyumbang idea dan kepakaran dalam bidang ini”

Abdul
Rahim Mohd Noor-Ahli
“Perkongsian
maklumat penting dalam memastikan sesuatu kerja itu berhasil. Peluang ini saya
perolehi dalam penglibatan KMK”


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article