- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bantu Basmi Kemiskinan

Must read

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah disyorkan supaya memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat bagi
membolehkan mereka menolong golongan miskin di kawasan luar bandar yang
memerlukan bantuan.

Ini adalah syor yang dikemukan oleh YB Tan
Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan
2007 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, 14 November 2006 yang lalu.

Beliau berpendapat dengan peruntukan itu,
wakil rakyat akan dapat memberikan bantuan terus kepada golongan yang berkenaan
terutamanya yang melibatkan kes-kes kecemasan dan ini secara tidak langsung
akan membantu kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar.

YB Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak
Bernam) yang turut menyokong cadangan itu pula berkata peruntukan itu juga
boleh digunakan oleh wakil rakyat untuk membangunkan projek-projek ekonomi yang
bersesuaian sebagai salah satu alternatif untuk membantu golongan miskin di
luar bandar.

Dalam isu berbeza, Jimmy Donald (BN-Sri
Aman) mendesak kerajaan supaya melaksanakan segera kemudahan bekalan elektrik
di rumah panjang di Kampung Punggu dan Lachau, yang terletak kira-kira 50
kilometer dari pekan Sri Aman kerana penduduk di situ telah 12 tahun menanti
perkhidmatan tersebut.

Katanya kira-kira 1,000 penduduk di
kedua-dua kampung itu masih 'ternanti-nanti' bekalan elektrik sehingga kini
walaupun masalah itu telah dikemukakan oleh beliau setiap kali persidangan
Dewan Rakyat diadakan.

"Sudah 12 tahun saya menjadi anggota
Parlimen Sri Aman dan setiap kali persidangan Dewan Rakyat saya pasti akan
mengemukakan masalah ini. Tetapi sampai sekarang masalah ini masih belum
berubah. Saya merayu pihak kementerian supaya memandang serius perkara
ini," katanya.

Sumber berita dipetik daripada BERNAMA

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article