- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

13.7 Peratus Remaja Malaysia Hadapi Masalah Mental

Must read

Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek
mendedahkan kira-kira 13.7 peratus remaja di negara ini, terutama pelajar,
menghadapi masalah mental hingga boleh membawa kepada perbuatan membunuh diri.

Menurut beliau lagi, tekanan akibat
pelajaran dan masalah putus cinta serta peristiwa-peristiwa utama lain dalam
hidup adalah antara tiga faktor utama mempengaruhi kesihatan mental golongan
itu yang membawa kepada kemurungan, kegelisahan dan insomnia hingga ada yang
membunuh diri.

Kemerosotan kesihatan mental itu antara
lain dipengaruhi ciri-ciri khusus individu seperti harga diri; tabiat dan
kemampuan daya tindak serta persekitaran seperti sosio ekonomi; sokongan sosial
dan keadaan fizikal tempat tinggal.

Kajian juga mendapati setiap hari purata
tujuh kes bunuh diri berlaku di negara ini dengan jumlah keseluruhan 2,000
kematian bunuh diri setahun kerana gangguan mental, berbanding sejuta kes bunuh
diri setahun di seluruh dunia.

Beliau turut menambah bahawa kira-kira 10
peratus daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit mental dan peratusan ini
dijangka meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau dipetik sebagai menyatakan demikian
dalam teks ucapannya ketika
merasmikan
seminar Kesihatan Mental sempena Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan
2006 di Petaling Jaya, 15 November 2006 yang baru lalu.

Teks
ucapan beliau dibaca oleh Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian
Kesihatan, Datuk Dr Narimah Awin

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article