- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Lahirkan Modal Insan Berkualiti

Must read

Kewujudan
institusi-institusi pengajian tinggi berasaskan kemahiran teknikal, dilihat
semakin penting pada hadapan disebabkan keperluan mendesak negara yang
memerlukan lebih ramai pakar-pakar jurutera dan tenaga separa professional
tempatan bagi menyokong pembangunan negara.

Sejajar dengan itu,
kerajaan membelanjakan sejumlah besar wang serta menyediakan prasarana yang
lengkap bagi memenuhi keperluan tersebut.

Begitu juga, dengan
kewujudan beberapa buah politeknik sehinggakan kerajaan merancang untuk membina
tujuh buah (politeknik) baru dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) bagi
menambah 20 buah politeknik yang sedia ada.

Politeknik Mukah,
antara Politeknik yang siap dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), memikul
tanggungjawab besar dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti serta
berdedikasi disamping kedudukannya sekarang dalam Bahagian Mukah (sebuah
bahagian baru) banyak menuntut kepada usaha proses penghasilan graduan yang
mampu menyumbang secara tidak langsung kepada pembangunan Bahagian tersebut.

Apa yang membezakan
politeknik dengan institusi pengajian lain ialah ia lebih memberi penekanan
terhadap kemahiran, tanpa mengenepikan aspek ilmu pengetahuan.

Sudah semestinya,
kita perlu bergantung kepada kepakaran tempatan dan ini dapat dicapai dengan
melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai kemahiran teknikal

Perkara ini turut
disokong oleh Pengarah Politeknik Mukah, Tuan Haji Mordin Bin Mohammad yang
berkata ini secara tidak langsung boleh menyokong ke arah pembangunan modal
insan berkualiti kerana mereka diajar untuk menguasai pelbagai kemahiran.

Katanya, graduan politeknik bukan sahaja
dibekalkan dengan ilmu pengetahuan secara teori malah mampu melaksanakan secara
praktikal yang dipelajari.

“Kita akan pasti setiap
graduan yang keluar akan memiliki kemahiran dan menjadi multi-skill”,jelasnya

Mengambil kira
kedudukan Politeknik Mukah, kerajaan menurutnya membuat keputusan tepat menempatkan
politeknik di Mukah yang juga terletak dalam wilayah tengah yang bakal
dimanfaatkan kebanyakan pelajar dari kawasan berhampiran seperti Sibu, Bintulu
dan Sarikei.

Kewujudan politeknik turut memberi banyak peluang kepada
pelajar tempatan khasnya untuk mengikuti pengajian di sini.

Dengan kelengkapan
dan kemudahan yanbg disediakan, Politeknik Mukah Sarawak adalah antara
politeknik yang serba lengkap atau tercanggih di Malaysia.

Mengenai kemudahan teknologi
maklumat (IT), kebanyakan kawasan politeknik ini turut mempunyai liputan
“wireless” bagi memudahkan mereka mengakseskan internet.

Reka cipta politeknik
juga mengambil kira keperluan masa hadapan, yang mampu menampung sehingga 4,000
orang pelajar dalam satu-satu masa. Setakat ini, seramai 3,200 orang pelajar
yang menggunakan kemudahan Kamsis untuk tujuan tersebut.

Ia turut dilengkapi yang kemudahan
sukan yang terkini antaranya seperti tujuh (7) buah padang permainan untuk
sukan
Hoki, Futsal, Bola Sepak, Rugbi, Bola Jaring, Bola Tampar
dan Sukan Takraw. Ia juga mempunyai
sebuah gimnasium dan tiga (3) buah gelanggang sukan untuk Tenis, Squasy dan
Badminton

Setelah setahun
(beroperasi di tapak baru pada 26 Julai 2005),sehingga kini (2006) terdapat
seramai 619 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di sini.

Setakat ini, antara
kursus yang mendapat sambutan yang menggalakkan ialah Kursus Kejuruteraan Awam
(Peringkat Sijil) dengan 178 orang pelajar manakala Teknologi Maklumat, dengan
168 orang pelajar.

Selebihnya dengan
Sijil Pengurusan Perniagaan (143 orang pelajar), Sijil Kejuruteraan Mekanikal
(45), Diploma Kejuruteraan Awam (45) dan Diploma Teknologi Maklumat
(Pemprosesan).

Namun jumlah kapasiti pelajar dijangka meningkat
sepenuhnya pada tahun 2010 apabila pelbagai kursus lain ditawarkan yang dibuka
secara berperingkat-peringkat.

Setakat Julai 2006,
pengajian yang ditawarkan pada peringkat sijil ialah
Sijil Kejuruteraan Awam ( SKA ), Sijil Kejuruteraan
Mekanikal ( SKM ), Sijil Pengurusan Perniagaan (SPP) dan Sijil Teknologi
Maklumat ( SIT ). Manakala peringkat diploma pula, ia menawarkan Diploma
Kejuruteraan Awam ( DKA) dan Diploma Teknologi Maklumat ( DIT )

Kelebihan itu turut
mendorong Pelajar Pengajian Teknologi Maklumat, Farida Bte Jaafar, 21, berasal dari Membakut, Sabah memilih untuk
meneruskan pengajiannya di Politeknik Mukah.

Jelasnya walaupun
berjauhan dengan ibu-bapa di Sabah, namun dia percaya bidang yang dipilihnya
adalah tepat memandangkan dia memasang cita-cita untuk membuka perniagaan
berasaskan IT apabila keluar kelak.

Nora afisa Bt Omar,
Pelajar Pengajian Pengurusan Perniagaan bagaimanapun bersyukur kerana peluang
untuk mendapatkan pendidikan dalam bidang kemahiran tercapai.

Dia yang berasal
dari Sibu, Sarawak berharap lepasan
sekolah agar tidak melepaskan peluang
yang telah disediakan oleh kerajaan.

Politeknik Mukah, menjadi
antara institusi pendidikan kedua selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM
Sarawak, Cawangan Mukah) yang terletak di bahagian berkenaan.

Politeknik Mukah terletak 10.5 km dari Bandar Baru Mukah serta
dibina di tapak seluas 100 ekar. Sebelum berpindah ke Mukah, ia telah pun mula
beroperasi pada 1 Ogos 2004 dengan membuka satu pejabat operasi di Sekolah
Menengah Teknik Sibu, Jalan Deshon Sibu Sarawak.

Di Kampus Politeknik
di Mukah, ia mula menjalankan
pengambilan pelajar bagi sesi pertama pada 26 Julai 2005, dengan menerima
kehadiran seramai 161 orang pelajar dengan hanya tiga bidang pengajian (ketika
itu) dikendalikan iaitu Teknologi Maklumat (ICT),
Perdagangan dan Kejuruteraan Awam.

Politeknik Mukah menjadi politeknik yang ke 20 di
Malaysia serta kedua (2) di Sarawak.
Projek yang dibangunkan dengan kos kira-kira RM298 juta itu turut menempatkan
beberapa bidang pengajian antaranya Jabatan Matematik, Sains dan Komputer,
Jabatan Pengajian Am, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan
Elektrikal Awam, Jabatan Pengajian Perniagaan, Latihan dan Lanjutan.

Berita RAKAN Sarawak

Info

Kajian
mendapati 49.78% pelajar lepasan Politeknik bekerja dalam sektor ekonomi
Perlombongan dan Pengkuarian, Pembuatan,
Bekalan Elektrik, Gas dan Air dan Pembinaan.

Manakala 32.95% bekerja dalam sektor ekonomi yang lain seperti
perdagangan Jual Borong & Jual runcit, pembaikan kenderaan serta pengantara
kewangan, Aktiviti Hartanah, penyewaan dan perniagaan.

(Sumber : KPTM, Bahagian Pengurusan Politeknik –
Kajian Pengesanan Graduan Politeknik bagi tahun 2005).




Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article