- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hampir 71 Peratus Lulus

Must read

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Abdul Raman Suliman mendedahkah bahawa 70.56 peratus kakitangan
awam yang menduduki Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada tahun lepas telah lulus. Keputusan PTK tahun ini belum dapat dikeluarkan kerana kebanyakan
jabatan masih melaksanakannya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat
pada 21 November 2006 yang lalu ketika menjawab soalan YB Dr Wee Ka Siong
(BN-Ayer Hitam) yang inginkan penjelasan sama ada kerajaan sedia mengkaji
semula kandungan kursus dan mekanisme peperiksaan PTK dalam menentukan kenaikan
pangkat.

Beliau menambah, kaedah pelaksanaan PTK
telah dimantapkan sejak 1 Jan 2005 yang turut mengambil kira semakan terhadap
aspek kandungan kursus dan mekanisme peperiksaan.

YB Datuk Abdul Raman seterusnya
menjelaskan bahawa kerajaan juga telah memutuskan pelbagai kaedah selain
daripada peperiksaan yang boleh digunakan sebagai pengganti atau pelengkap
komponen PTK.

Kerajaan telah menetapkan bahawa PTK
merupakan satu syarat kenaikan pangkat dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Apabila YB Dr Wee membangkitkan bahawa
ramai kakitangan kerajaan mengeluh kerana terpaksa menduduki peperiksaan yang
tidak relevan dengan tugas mereka, beliau berkata kerajaan melihat bahawa semua
kakitangan awam perlu mengetahui perkara-perkara mengenai keseluruhan
perkhidmatan selain tugas harian mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article