- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Koridor Intensif Tenaga di Mukah dan Bintulu

Must read

Kerajaan Negeri Sarawak telah mengenal
pasti kawasan Similajau, Mukah dan Tanjung Manis untuk dibangunkan dalam
koridor wilayahnya yang memberi penumpuan kepada pembangunan industri yang
intensif tenaga sebagai asas untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan
perindustrian negeri.

YAB Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud menyatakan bahawa pewujudan koridor wilayah itu adalah untuk
memanfaatkan projek janakuasa empangan hidro elektrik Bakun, aktiviti hiliran
ladang kelapa sawit dan cadangan pembinaan kilang pelebur alumunium Similajau.

Beliau berkata demikian semasa
membentangkan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah
2006 di Dewan Undangan Negeri (21 November 2006).

Menurut beliau lagi dengan memperkenalkan
koridor ini, ia akan dapat bertindak menyelaraskan projek di wilayah itu
mengikut hala tuju dan dasar spesifik kerajaan dengan menyediakan infrastruktur
dan kemudahan yang diperlukan.

Rang undang-undang itu antara lain menetapkan
pihak berkuasa pembangunan koridor wilayah (RCDA), yang anggotanya dilantik
oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, untuk menggalakkan, membangunkan dan
menguruskan pembangunan industri dan ekonomi di koridor wilayah.

Katanya
kerajaan negeri telah membincangkan perkara itu dengan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi (UPE) mengenai
pelaksanaannya
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article