- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Bukan Sekadar Janji

Must read

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh BERNAMA di
Port Dickson (pada 28 November 2006) sebagai berkata kerajaan amat serius dalam
melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan bukan setakat membuat
janji kepada rakyat.

Perdana Menteri
berkata ada pihak melahirkan rasa sangsi mengenai kejayaan RMK-9 dengan
menyatakan kononnya Malaysia hanya pandai membuat rancangan tetapi tidak
daripada segi pelaksanaan.

Datuk Seri
Abdullah berkata rakyat mungkin tidak sabar tetapi mereka perlu faham bahawa
RMK-9 baru dibentangkan pada 31 Mac dan diluluskan oleh Parlimen pada Mei.

Perdana Menteri
seterusnya menambah bahawa prosedur dan undang-undang lama termasuk yang
digubal oleh penjajah, perlu dikaji semula dan dipinda, jika didapati
menghalang kejayaan pelaksanaan rancangan itu.

Daripada aspek
kerajaan, beliau berkata langkah telah diambil untuk meningkatkan sistem
penyampaian awam dengan mengurangkan karenah birokrasi selain bertindak
membanteras rasuah.

Untuk itu beliau
menyatakan bahawa pihaknya telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah supaya
berhati-hati dalam siasatannya supaya tidak melakukan kesilapan dengan
mengheret orang ke mahkamah semata-mata untuk menunjukkan ia menjalankan
tugasnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article