Semua pegawai
Kerajaan Negeri di dalam Kumpulan Sokongan akan menerima Kadar baru Imbuhan
Tetap Khidmat Awam (ITKA) bermula 1 Januari 2007.
Perkara itu telah dinyatakan di dalam
Surat Pekeliling (Perjawatan Bilangan 22/2006) bertarikh 21 Disember 2006 yang
dikeluarkan oleh Pemangku
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Abdul Ghafur Shariff.
Ia berikutan keputusan
Kerajaan Negeri untuk menerimapakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8
Tahun 2006: Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam Bagi Pegawai Dalam
Kumpulan Sokongan.
Berdasar pada kadar baru
itu, seramai 10,559 orang pegawai dalam Gred 1 sehingga Gred 40 perkhidmatan
awam negeri akan menerima kenaikan di antara RM30 hingga RM50 sebulan seperti
yang ditunjukkan di dalam jadual berikut.
Gred |
Semasa (RM) |
Baru (RM) |
Bilangan (orang) |
Peratusan (%) |
35-40 | 170 | 220 | 83 | 0.78 |
27-34 | 115 | 160 | 871 | 8.25 |
25-26 | 100 | 140 | 13 | 0.12 |
17-24 | 80 | 115 | 3,781 | 35.81 |
1-16 | 65 | 95 | 5,811 | 55.03 |
Kadar baru itu
diharap dapat meringankan beban pegawai kerajaan dalam suasana kos sara hidup
yang kian meningkat, di samping menjadi galakan untuk mereka melaksanakan tugas
dengan lebih baik demi pembangunan negeri dan negara.
Selain ITKA, Kerajaan Negeri turut membayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran
Khas Prestasi sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan dan jasa mereka dalam
mencapai matlamat pembangunan negara.
Imbuhan
tersebut dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta
Kumpulan Sokongan yang dilantik secara tetap, sementara, sangkut, sambilan dan
kontrak. Bayaran Khas Prestasi pula dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan setaraf.
Mengikut istilah
Jabatan Perkhidmatan Awam, Imbuhan Tetap ialah bayaran yang setiap bulan diberi
kepada anggota yang layak. Layak bermakna tertakluk kepada Perintah Am
Perkhidmatan Awam. Selain imbuhan dan bayaran yang disebutkan di atas, kerajaan
juga memberi Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Keraian.
Info Perkhidmatan Awam Sarawak
Perkhidmatan Awam
Negeri = 12,897 orang*
(Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pentadbiran Bahagian)Pentadbiran Awam
Negeri = 22,150 orang*
(Kementerian, Jabatan, Pejabat Pentadbiran Bahagian,
Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan)*
sehingga Disember 2006