- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Seksyen Disiplin dan Integriti

Must read

Jabatan Ketua Menteri kini mempunyai sebuah seksyen baru yang dikenali sebagai Seksyen Disiplin dan Integriti yang ditubuhkan pada 6 Oktober 2006. Seksyen baru itu diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sumber Manusia,

Pewujudan seksen itu telah dimaklumkan melalui Surat Pekeliling (Perj. BiI.20/2006) yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada November 2006.

Tindakan mewujudkan seksyen itu perlu berikutan penekanan kepada ‘Keutuhan dan Integriti’ yang menjadi agenda utama kepimpinan YAB Perdana Menteri, di samping lanjutan daripada Pelan Integriti Nasional yang telah dilancarkan pada tahun 2004.

Usaha itu juga merupakan lanjutan daripada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke 93 yang telah berlangsung pada 25 Mei 2005.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri yang turut berperanan dalam usaha meningkatkan integriti negara telah memutuskan agar Institut Integriti Negeri ditubuhkan.

Objektif Seksyen Disiplin dan Integriti

  • Untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkat amalan nilai-nilai mumi
  • Berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama

Fungsi

  • Memantau Pelaksanaan PIN di Peringkat Negeri Sarawak
  • Memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti integriti dan ceramah berkaitan integriti bergerak dengan aktif di peringkat Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Negeri dan Kerajaan Tempatan
  • Mengadakan dan memanjangkan pelaksanaan aktiviti integriti ke peringkat Bahagian dan Daerah bagi memberi kesedaran kepada pegawai di luar bandar tentang keprihatinan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan PIN
  • Memastikan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Peringkat Negeri dan Jabatan bergerak dengan aktif
  • Memantau dan mengendalikan kes-kes tatatertib yang melibatkan penjawat awam Negeri
  • Mengadakan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kes tatatertib kepada penjawat awam bagi memberi kesedaran dan mengurangkan penglibatan penjawat awam Negeri dalam masalah disiplin.

Lihat juga : Mengapa Disiplin dan Integriti Penting?

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article