- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kerajaan Elektronik Untuk Pentadbiran Yang Cekap

Must read

Sistem penyampaian perkhidmatan
awam kerajaan perlu dipertingkatkan bagi menjamin segala program kerajaan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat seterusnya menganjakkan lagi pembangunan
negara, kata Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.


Menurutnya, bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa
strategi perlulah dirancang bagi memantapkan, mengukuhkan serta memodenkan lagi
perkhidmatan awam di negara ini

Penggunaan teknologi
maklumat juga turut dikenalpasti sebahagian strategi perubahan itu agar
perkhidmatan awam sentiasa mengikuti
peredaran semasa, kata Ketua Menteri Sarawak pada Majlis Pelancaran Penggunaan Aplikasi HRMIS Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang diadakan di salah sebuah hotel
terkemuka. Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Perumahan Dato Sri Abang Haji
Johari Tun Abang Haji Openg.

Jelas beliau, usaha
terkini, kerajaan negeri dalam mengaplikasikan Human Resource Management
Information System (HRMIS) atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia dalam
sektor perkhidmatan awam telah membuktikan kesungguhan kerajaan untuk
mewujudkan perkhidmatan awam moden selari dengan perubahan semasa.

Beliau yakin dengan
pelaksanaan HRMIS pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam dapat
dilaksanakan secara bersepadu, sistematik bagi menghasilkan pekerja yang mahir,
terlatih dan bermotivasi.

“Kita
berusaha untuk memastikan berlaku dalam perkhidmatan awam pengurusan kualiti,
penerapan nilai-nilai murni dan pengwujudan sektor awam yang beretika tinggi,”
tegas Ketua Menteri.

Ketua Menteri memuji
kesungguhan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang bekerjasama rapat dengan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang membolehkan projek perintis ini berjaya
dibangunkan.

Ianya juga selaras dengan usaha kerajaan negeri
untuk mencapai status kerajaan elektronik sepenuhnya menjelang tahun 2008.

Kewujudan kerajaan elektronik penting sebagai salah satu pemacu utama yang menghubungkaitkan agenda
penting kerajaan di antara golongan pentadbir, korporat dan masyarakat melalui
pelbagai proses menggunakan platform internet seperti penamaan tanah, permit,
cukai dan sebagainya yang dapat dilakukan dengan pantas dan cepat.

Apabila penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan sepenuhnya ia secara
tidak langsung dapat membantu mengurangkan proses birokrasi.

Bagaimanapun, jelas beliau ICT bukanlah faktor utama melahirkan rakyat yang berilmu kerana
agenda utama untuk melahirkan rakyat berilmu memerlukan pelbagai usaha lain
yang berterusan seperti pembangunan sumber manusia, penjanaan ilmu yang
berkualiti, pemikiran kreatif dan inovatif.

Malah menurut Ketua Menteri
cabaran baru yang perlu dihadapi kini adalah keberanian untuk mencuba dan
mencipta bidang baru juga amat diperlukan yang mampu mengatasi masalah
pengangguran serta meningkatkan ekonomi rakyat.

Mengenai aspek pembangunan infrastruktur ICT di Sarawak, walaupun berhadapan
dengan cabaran bentuk muka bumi yang sukar serta keluasan saiz negeri namun
kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang serius dari semasa ke semasa untuk
merapatkan jurang digital di kalangan rakyat.

Antara usaha yang telah
dijalankan kerajaan di negeri ini ialah
pemasangan internet menggunakan VSAT untuk 110 sekolah luar bandar yang
terpilih.

Kemudahan
lain seperti 56 perpustakaan luar bandar telah dihubungkan dengan jaringan
internet manakala sebanyak 94 klinik luar bandar juga mempunyai jaringan
internet yang sama.

Kerajaan negeri juga telah
menubuhkan 12 pusat sumber komputer di peringkat daerah untuk tempoh 2002
sehingga 2005 dan sebanyak 15 pusat IT di peringkat daerah dan kawasan luar
bandar di bawah kendalian Angkatan Zaman Mansang (AZAM) juga telah disediakan
dalam usaha meningkatkan akses serta pendedahan ICT kepada masyarakat luar bandar.

Info

  • Malaysia
    berada pada kedudukan ke-24 daripada 68 negara maju yang lain dalam
    E-Readiness” untuk tahun 2005-2006. “E-Readiness” merujuk kepada infrastruktur
    IT di sesebuah negara dan penggunaan IT secara optimum di kalangan pengguna,
    sektor korporat dan sektor awam.
  • Malaysia menduduki tempat ke 25 dalam indeks daya saing
    global pada tahun 2005 dan pada 2006 pula jatuh satu tangga iaitu pada
    kedudukan ke 26 daripada 168 buah negara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article