- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kikis Tanggapan Kurang Baik

Must read

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (8 Januari 2007) sekali
lagi menggesa penjawat awam agar terus berusaha memperbaiki sistem penyampaian
perkhidmatan awam dan mengikis persepsi kurang baik yang dikaitkan dengan
sektor awam iaitu lemah, tidak cekap dan kurang bermaya.

Perdana Menteri dipetik daripada BERNAMA
sebagai berkata beliau kecewa apabila membaca dan mendengar laporan bahawa
walaupun dasar dan strategi kerajaan adalah baik, wujud kelemahan daripada segi
pelaksanaannya.

Beliau seterusnya melahirkan rasa
kebimbangan beliau iaitu sekiranya tiada usaha jitu di peringkat pelaksana
untuk mempercepatkan pelaksanaan projek dan program untuk rakyat, mungkin akan
timbul persepsi bahawa ia berpunca daripada rasuah dalam perkhidmatan awam.

Dalam menggalakkan keterbukaan
pentadbirannya, Perdana Menteri pada Malam JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) 2006
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember 2006 yang lalu
berkata pentadbir (penjawat awam) boleh menegur pemerintah terhadap
perkara-perkara yang pemerintah terlepas pandang apabila sesuatu keputusan
dibuat.

Beliau berkata peranan pentadbir adalah
penting kerana pentadbir dan pemerintah saling bergantungan disebabkan
pentadbir melaksanakan segala keputusan dan dasar yang dibuat oleh pemerintah.

Perdana Menteri juga mengulangi saranannya
berhubung "delegation of power"
oleh pegawai atasan kepada pegawai-pegawai lain bertujuan membolehkan keputusan
dibuat dengan cepat tanpa perlu bergantung kepada pegawai atasan semata-mata.

Di samping itu, ia melatih pegawai lain
untuk membuat keputusan dan mengurangkan beban tugas pegawai atasan itu,
katanya.

Menyentuh mengenai satu seminar baru-baru
ini yang membincangkan mengenai pencapaian tiga tahun pentadbiran beliau,
Abdullah berkata beliau berasa sedih apabila mendapat tahu bahawa peserta
merungut mengenai apa yang mereka lihat sebagai kelemahan dalam sistem
penyampaian.

Ini, katanya boleh dilihat sebagai kritikan
secara langsung terhadap pentadbiran, kakitangan dan jabatan kerajaan.

Perdana Menteri berkata sebaik sahaja
kelemahan-kelemahan dalam sistem penyampaian dikenal pasti, barulah kerajaan
boleh mengambil langkah untuk mengatasinya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article