Pembangunan Estet Komersil Ubah Landskap Ekonomi Saratok
Projek Integrasi di estet Kelapa Sawit |
Semaian giat dilaksanakan di setiap estet yang turut membayangkan lebih banyak kawasan akan dibuka pada masa hadapan |
Semaian giat
dilaksanakan di setiap estet yang turut membayangkan lebih banyak kawasan akan dibuka pada masa hadapan
Tanggungjawab |
Dewan pelbagai guna …antara kemudahan yang disediakan SALCRA |
Daerah Saratok, berkeluasan 1,686.88 km persegi, menjadi antara daerah subur dan kaya dengan hasil pertanian kini bukan sahaja memfokuskan kegiatan pertanian bersifat skim penanaman buah-buahan malah turut menganjak ke arah pertanian secara komersil.
Salah satu antaranya ialah pembangunan estet kelapa sawit secara komersil yang dilaksanakan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Wilayah Saratok sejak 19 tahun yang lepas turut memberikan kesan kepada pembangunan secara menyeluruh ke atas daerah ini.
Bermula dengan estet pertama di Selatan Roban (Roban South) yang dibangunkan peringkat demi peringkat, oleh SALCRA (ketika itu), kini agensi pelaksana tersebut berjaya mengendalikan empat (4) buah estet kelapa sawit iaitu Utara Roban (Roban North), Selatan Roban (Roban South), Saratok dan Saribas yang keluasannya merangkumi dari kawasan Layar dalam daerah Betong sehinggalah ke Kabong dalam daerah Saratok.
Menurut Pengurus Kawasan, Encik Andrew Riging, projek tersebut ternyata banyak berjaya menyeimbang pembangunan wilayah serta merapatkan jurang ekonomi di kawasan luar bandar.
Melaluinya, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dengan menyedia perkhidmatan berkaitan sektor tersebut.
“Kini peserta bukan sahaja bekerja sebagai pemetik buah kelapa sawit, malah peserta turut diajak terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan estet yang kini dikendalikan seramai 583 orang pekerja tempatan”, jelas Andrew.
Mengenai penyertaan peserta, katanya, seramai 3961 peserta daripada 178 buah rumah panjang telah menyertai projek pembangunan estet kelapa sawit.
Daripada jumlah tersebut, kebanyakan peserta projek adalah dari kawasan Saratok dengan 1513 orang peserta, diikuti Saribas (936) peserta manakala kawasan selatan Roban dan kawasan utara Roban, masing-masing dengan 858 peserta dan 654 orang peserta.
Sebagai sebuah agensi pelaksana, SALCRA berusaha untuk meningkatkan potensi ekonomi sesebuah kawasan tersebut yang akhirnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk.
Katanya, melalui pendekatan ini (pembangunan tanah secara komersil) kerajaan dapat melaksanakan pembangunan tanah terbiar untuk pertanian khasnya membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) demi faedah penduduk semua.
Berkonsepkan pembangunan “in-situ”, SALCRA berharap dapat sekurang-kurangnya dapat mengurangkan aliran penghijrahan tenaga generasi muda ke bandar besar.
Projek tersebut, jelas Andrew yang kini memasuki fasa ke tujuh (7) pembangunan telah berjaya menjana pendapatan penduduk di sini.
Hasilnya, sejak diperkenalkan pemberian dividen kepada peserta pada tahun 1992, SALCRA Wilayah Saratok sehingga kini (Januari 2006) telah memperuntukkan lebih 50 juta kepada 3768 peserta estet tersebut.
Mengenai perancangan masa hadapan, jelasnya SALCRA merancang untuk membangunkan lagi seluas 10,000 hektar dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK-9) berbanding sejumlah 5,700 hektar kawasan telah dibangunkan dalam tempoh RMK-8.
Sehingga (Januari tahun lepas), menurut beliau keseluruhan kawasan yang telah ditanam ialah 11,716 hektar dengan 11,038 berstatus matang manakala selebihnya belum matang.
Selain itu, pihaknya berusaha untuk meningkatkan projek integrasi ternakan lembu di estet milik SALCRA. Projek integrasi yang bermula tahun 2003, itu melibatkan sejumlah 110 anak di estet Utara Roban, estet selatan Roban (65) dan Saratok (110). Daripada 285 anak lembu tersebut, ia berjaya meningkatkan bilangannya menjadi 298 anak lembu.
Menurutnya lagi tanggungjawab SALCRA tidak terhenti setakat ini sahaja, malah pihaknya juga sentiasa menaiktaraf kemudahan kepada pekerja di estet dibawah kendaliannya termasuklah menyediakan kemudahan penempatan dan kemudahan asas.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote